Sunday, August 12, 2012

Resepi 136 : Ayam Panggang Rosemary

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Pejam celik pejam celik,
dah nak masuk bulan syawal dah.
Bulan Ramdan pula semakin meninggalkan kita.


Baiklah, hari ni ABM buat menu ayam.
Memandangkan stok ayam masih ade dalam fridge,
terpikir jugaklah nak buat menu ni.
Lagipon, esok insyaAllah ABM akan bertolak ke Osaka
untuk naik flight balik ke Malaysia hari rabu nih.
Doakan semuanya selamat ye.
InsyaAllah amin.


Resepi ni ABM rujuk dari blog potret kasih.
Thanks for the recipe.
Tapi, resepi asal guna 1 ekor ayam,
tapi, ABM guna ayam yg leftover je.
Sesape yg nak buat sikit tu,
pepandai la ubah ye.

Bila dah balik Malaysia nnt,
Entry kat blog ni agak slow lah.
Sbb mesti lah malas nak masak punya
kalau dah balik Malaysia nnt.
hihi.
Sorry lah eh kalau dalam mase sebulan lebih ni,
kurang update2 terbaru kat blog ABM ni.
hihi


Okeylah, sesape nak try tu buat untuk berbuka,
jom tgk resepi dibawah ni.


BAHAN BAHAN
1 ekor ayam

1 ekor ayam - boleh dipotong ataupon tidak. ikot suka.
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar rosemary flakes - ABM guna yg segar
1 inci halia - dihiris
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar jintan kasar - ABM guna jintan manis
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau - ABM guna lemon 
3 sudu besar minyak zaitun
5 biji kentang - ABM tak letak
2 biji tomato - ABM tak letak
6 biji baby carrot
sedikit mentega

CARA CARA
1. Tumbuk halia hingga lumat. Kemudian, sapukan pada ayam. Sapu rata.
2. Panaskan minyak zaitun  dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Tumbuk daun rosemary hingga lumat dan masukkan lada hitam dan jintan manis. Tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah. 
5. Masukkan minyak zaitun tadi, gula perang, garam dan jus limau (lemon) kedalam rempah yg ditumbuk tadi. Gaul rata dan sapukan pada ayam. 
6. Tutup mangkuk dengan plastik wrap dan perap ayam selama beberapa jam ataupon semalaman.
7. Jika mahu masukkan kentang, rebus 3/4 masak dahulu sebelum dipanggang bersama ayam. 
8. Bila nak dipanggang, gaulkan ayam bersama kentang, tomato dan baby carrot. Letakkan kesemua element kedalam tray pembakar. Sapukan butter sedikit. Gunakan oven 200c dan bakar selama 50 minit. Bergantung pada oven juga. Bila dah siap, bolehlah dihidang.

ENJOY!

No comments: