Saturday, August 11, 2012

Resepi 135 : Kiwi Bread Butter Pudding

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari ni dpt jemputan berbuka puasa
kat umah kak As.
So, takyah susah2 nak buat lauk pauk harini.
So, ABM buatlah bread pudding ni utk dibawa bersama
ke rumah kak As.


ABM rujuk resepi sebelum ni 
dan resepi asal dari bisous a toi
Tapi kali ni ABM tukar guna kiwi.
dan adelah bahan lain yg ABM tak guna.
Hopefully rasanya ok lah.
hihi
dan ABM jugak bubuh Salted Caramel Sauce
kat atasnya.
Nak abeskan stok aritu.
hihi


Okeylah, lau nk cuba,buat lah ye.

BAHAN BAHAN
18cm

8 keping roti -  dipotong tepinya
350ml susu segar
200ml heavy cream/whipping cream
75g gula kastor
3 biji telur
2 biji kiwi - dikupas dan dihiris
60g butter (unsalted) - dipotong kecil (yg sejuk)
1 sudu kecil vanilla essence


kalau nak buat salted caramel sauce,
boleh rujuk kat SINI

CARA CARA
1. Panaskan oven 170c
2. Didalam saucepan, suamkan susu dan cream beserta vanilla essence. Jangan didihkan ataupon simmer kan. Cukup sekadar suam. 
3. Pukul telur dan gula sehingga gula larut. Ketepikan.
4. Didalam loyang/bekas kaca, susun separuh potongan roti sebagai dasar puding. Kemudian, susunkan kiwi dan butter diatasnya. Seletah itu, tutup bahagian atas dengan lebihan roti tadi.
5. Tuangkan adunan telur dan susu tadi diatas roti. Tuang sekata. Kemudian, rehatkan selama 15 minit untuk roti serap susu tersebut.
6. Bakar didalam oven guna kaedah double boiler selama 45-50 minit. (sy bakar dalam 47 minit). Bergantung pada oven. 
7. Biarkan sejuk seketika barulah dihidang. ABM bubuh kacang dan sapukan salted caramel sauce diatasnya utk kasi rasa rangup dan lemak.


ENJOY!


2 comments:

Asmara said...

Oishii katta!!! Sedap sedap sedap!! Hehe.. Serius ini paling byk mkn td. Heheh.. Arigatou is!

i'mNOTmasterchef said...

hihi. thanks jugak kak as sbb menjamu kami tadi.
semua sedappp! :)