Tuesday, August 7, 2012

Resepi 132 : Mango Lassi

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Sebelum ABM update pasal menu ni,
ABM nak bagitahu tentang perubahan yg terdapat kat dalam blog ni.


Actually, ABM ade dapat mesej from Hana
Dia bgtahu blog ABM ni susah nak cari resepi
dan dy jugak bg cadangan untuk ABM buat satu page tentang semua resepi yg ABM dah buat.
So, semalam jugak ABM update blog ni dan kumpulkan semua resepi yg telah ABM cuba
kedalam satu page.
Cuba tengok kat bawah header blog ABM ni
ade link "Recipes"
Klik situ dan adelah semua resepi2 yg telah ABM cuba.

Tadi jugak entah macam mana
rasa nak perkenalkan lah diri ni.
Sebab mesti ramai yg sangka tuan punya blog ni pompuan kan.
Salah tekaan tu. hihi
So, lau nak tahu tentang siapa ABM ni sebenarnya,
klik gak kat atas tu "About ABM"
Dapatlah mengenali siapa ABM ni dengan lebih jelas.
Tak semua perempuan pandai masak
dan Tak semua lelaki tak pandai masak.
hihi


ABM tahu kebanyakan daripada pengunjung blog
ABM ni adelah wanita/perempuan.
So, ABM pon buat lah sekreatif mungkin rupa bentuk blog ni.
Untuk menarik perhatian pengunjung2 blog ABM ni.
Tak salah rasanya kalau seorang lelaki nak try dunia masakan.
Chef2 pon kebanyakan nye lelaki kan.
So, ape de hal.
haha.
Jadi, salam perkenalan dari saya.

Baiklah, menu hari ni ABM buat simple je.
Malas nak masak yg berat2 sebab sgt tak ade mood.
So, ni jelah yg mampu untuk diupdate.


ABM dapat resepi from Che Mat.
Sangat mudah dan simple.
Sesape nak  buat tu try lah ye.
Tak rugi pon.
hihi

BAHAN BAHAN
(2 cawan)

1 biji buah mangga masak - diambil isi
1/4 cawan plain yogurt - ABM pakai yogurt perisa mango
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula perang
Ais kuib secukupnya

CARA CARA

1. Masukkan semua bahan2 kecuali ais kiub kedalam blender dan kisar halus. Tapiskan dan tuang kedalam jug atau bekas yg sesuai. Enak dihidang bersama ais kiub!

ENJOY!

2 comments:

snuMun said...

aiyoh...di kala panas2 cmni...nak lassi segelas!

i'mNOTmasterchef said...

snuMun,
memang mntap kan minum tyme panas2.
haha.