Resepi 131 : Molten Lava Chocolate Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni agak sedih sebab dapat berita
tentang kemalangan kawan ABM.
Semoga dia tabah menghadapi ujian Allah dibulan yg penuh barakah ni.
Semoga roh Mak ngn adiknya dicucuri rahmat. InsyaAllah.
Dan, hari ni jugak kawan2 sebatch ABM dah bertolak ke airport.
Lagilah sedih. Kesunyian kat sini.
hrm.
Flight ABM minggu depan,
so, kene la sabar sikit


Baiklah, hari ni ABM buat menu yang agak tempting
ABM yg buat ni pon terasa kecur!
tp, ade lagi beberapa minit sebelum masuk waktu berbuka ni
so, sabar jelah


Untuk resepi ni ABM ambik dari SINI
nama lain menu ni adelah chocolate fondant cake.
memang mudah.
dan tuan punya blog tu ade jugak buat video resepi.
So, memang mudah la nak buat.
Lagipon bahan2 nak buat pon simple je.
Korang kene cuba lah ye.
Cuma ABM kurangkan jumpah gula yg digunakan.
Takut manis pulak lau ikot resepi tu.
So, ikot la kesesuaian kemanisan yg anda mahu.


BAHAN BAHAN
(5 bekas - bergantung pada saiz)

150g dark chocolate - di potong kecil
70g unsalted butter
secubit garam
3 biji telur
1/2 cawan gula
1/4 cawan tepung kek/tepung gandum - ayak
1 sudu kecil vanilla essence

CARA CARA

Panaskan oven 200c.

1. Didalam mangkuk besi/kaca, letakkan coklat yg dipotong kecil kedalamnya. Kemudian, letakkan mangkuk diatas periuk berisi air sedikit didalamnya (water bath). Hidupkan api dan kacau coklat sehingga cair. Kemudian, masukkan butter dan secubit garam. Kacau sehingga butter cair.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Putar sehingga gebu dan pucat. Masukkan esen vanilla. Putar sebati. Kemudian, masukkan coklat tadi kedalamnya sedikit semi sedikit dan teruskan mengacau adunan untuk mengelakkan telur berketul (masak). Setelah itu, masukkan tepung dan gunakan spatula untuk kaup balik adunan. Masukkan adunan kedalam bekas ceramik (remiken) atau bekas2 yg sesuai yang telah di gris dengan butter. 
3. Bakar selama 12-15 minit. ABM bakar selama 14 minit. Bergantung pada oven. Boleh makan bersama ice cream vanilla kalau ada.

*ABM makan sekali dengan salted caramel sauce ngn peanut yg dikisar

p/s : sedap dimakan suam2. Jika cake dah sejuk, boleh panaskan guna microwave sekejap.

ENJOY!

Comments

A.B.M said…
memang sgt sedapp.
^^
Full of chocolate! :D
Miss Pija said…
aihh..melting btul..teringin nk bt..ermm..kukus blh dak?
A.B.M said…
fiz,
kukus boleh jugak kot.
Tapi tak pasti lah boleh keluarkan dari bekas tu sempurna or tak.
Ataupon, serve je dgn bekas mase hidang.. tak pyh keluarkan lau nak selamat.
hihi.
tapi, berapa lama kene masak tu tak pasti lah sbb kukus kan.
:)

Popular Posts