Saturday, August 4, 2012

Resepi 130 : Yogurt Chocolate Cake with Salted Caramel Sauce

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni ABM buat dessert cake ni.
Actually hari ni ade berbuka puasa perdana lagi
dengan umat islam yang ade kat Yamagata nih.
So, ABM pon terRAJIN lah nak buat cake ni.
hihi


Resepi cake ni ABM rujuk dari blog Kak Ita
Tapi kak ita guna sour cream.
ABM tukar sour cream dengan yogurt.
Lagi satu yg ABM ubah untuk resepi kak ita adelah kuantiti berat.
Sebabnya, Kak Ita buat loyang 9 inci.
ABM pulak buat loyang 7 inci = 18cm camtu je.
So, kecil sikitlah.
ABM pon separuhkan adunan nya.
Thanks ye kak for the recipe.


Okeylah, sesape yang nak buat kek ni
jom tengok bahan2 yg digunakan.
Untuk 7 inci, boleh ikot resepi ni.
Kalau 9 inci macam kak ita buat,
boleh doublekan.


BAHAN BAHAN
18cm

yogurt chocolate cake
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air panas
1/2 cawan mentega
1 1/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan tepung kek (lau xde guna tepung gandum pon ok)
1sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam
1/2 cawan yogurt

chocolate ganache
200ml whipping cream
250g dark chocolate - dipotong kecil

cream cheese frosting
200ml whipping cream
100g cream cheese - dilembutkan
4 sudu besar gula kastor - ikot tahap kemanisan yg anda suka

salted caramel sauce

CARA CARA

yogurt chocolate cake
1. Panaskan oven 170c
2. Didalam mangkuk kecil, satukan serbuk koko dan air panas. Kacau sebati. Ketepikan.
3. Satukan tepung, baking powder, baking soda dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
4. Didalam mangkuk besar yg lain, putarkan mentega dan gula sehingga berkrim dan pucat. Masukkan pula esen vanilla dan telur satu demi satu dan putarkan sebati.
5. Masukkan tepung yg diayak tersebut berselang seli dengan memasukkan yogurt. Putar sebati. Kemudian, masukkan bancuhan koko tadi. Putarkan sebati. 
6. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 55-60 minit. ABM bakar 58 minit. Ikot jenis oven. Kalau buat 9 inci, bakar selama 60 minit. Tapi kak ita bakar selama 90 minit. Ikot jenis oven juga. Kalau nak tahu dah masak ke belum, cucukkan lidi didalam kek. JIka lidi tu keluar bersih dah masak la tu.
7. Bila dan masak, biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila dah sejuk, bahagikan 2 kek tersebut.

chocolate ganache
1. Panaskan whipping cream sehingga terdapat buih2 kecil disekeliling saucepan. Jangan sampai mendidih. Matikan api dan masukkan dark chocolate. Biarkan 2 minit. Kemudian, whiskkan sehingga chocolate sebati. Ketepikan.

cream cheese frosting
1. putarkan whipping cream sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula. Putar seketika. Kemudian, masukkan cream cheese. Putar sehingga menjadi cream dan tidak cair. ketepikan

salted caramel sauce
<cara2 pada resepi tersebut>

penyediaan
1. Bahagikan kek kepada 2 bahagian. ABM buat lapisan bawah tu sebagai atasnya. ABM terbalikkan agar bila letak ganache nanti, permukaannya cantik je.
2. Lapisan pertama, letak salted caramel sauce diatasnya. Kemudian, paipkan cream cheese frosting diatasnya. Setelah itu, paipkan lagi salted caramel sauce diatasnya. Kemudian, lapikkan dengan cake lapisan ke dua. Tekankan sedikit.
3. Tuangkan chocolate ganache diatasnya sehingga meliputi keseluruhan cake.
4. Untuk decorate cake yg macam bentuk basket tu, ABM tengok kat youtube. Videonya dibawah ni.


Atau boleh juga dihias ikot creativity masing2.
Boleh disimpan dipeti ais sementara tunggu waktu berbuka.

ENJOY!

6 comments:

Asmara said...

Jgn abiskan! Tunggu kami! Hihi..

i'mNOTmasterchef said...

selamat ade sikit tadi. hihi

FnF Simple Life said...

wah2...kek cekelat sedap... siap ada decoration tu... mantap ;)

i'mNOTmasterchef said...

hihi.,
bosan2 kak.
sbb tu men decorate2. :D haha

Anonymous said...

tpg kek tu tpg apa?self raising or superfine?

Anonymous said...

Untuk cream cheese frosting guna non diary or diary whip cream ye...