Friday, August 3, 2012

Resepi 129 : Pratha ala Murtabak berLipat

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni ABM nak berkongsi menu semalam yg ABM buat.
Murtabak lipat ni sangatlah mudah.
Cepat dan Enak!
Rasa macam beli kat bazaar ramadan pulak.
hihi


Okeylah, ABM dapat resepi from Che Mat
Thank ye che mat for the recipe.
Lagi pon kat dapur semalam ade lagi pratha segera yg tak goreng lagi.
Belek2 blog che mat ade resepi ni.
Terus buat.
hihi


So, sesape yang nak buat tu,
try lah resepi che mat ni.
Gerenti berpuas hati.


BAHAN BAHAN
(3 keping murtabak)

3 keping roti pratha segera 
3 biji telur - satu biji setiap keping
1 biji bawang holland/bawang besar - didadu
3 tangkai daun sup (dihiris) - ABM tak letak
sos chili untuk dicicah

inti
100g daging ayam cincang
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 inci halia - ditumbuk halus
1/2 sudu besar serbuk kari daging
1 biji cili merah (dihiris) - ABM guna cili hijau
1/2 cawan air
sedikit kacang pis - ABM tak letak
sedikit gula
garam secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA CARA

inti
1. Didalam kuali berserta sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan pula serbuk kari. Goreng seketika. Setelah itui masukkan air. Kacau seketika.
2. Masukkan daging ayam cincang dan goreng sebati. Masak menggunakan api sederhana. masukkan serbuk lada hitam dan cili. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga kering. Matikan api dan siap.

murtabak dan penyediaan
1. Gorengkan pratha seperti biasa. Setelah siap, ketepikan.
2. Bahagikan inti kepada 3 bahagian. Didalam mangkuk kecil pecahkan telur dan masukkan bawang yg didadu, daun sup. Kacau sehingga telur hancur. Masukkan satu bahagian inti. Kacau sebati.
3. Didalam pan dasar leper, masukkan inti dan lebarkan mengikut saiz roti pratha yg digoreng tadi. Biarkan seketika. Masak guna api sederhana. Setelah itu, letakkan pratha yg digoreng tadi diatas inti tersebut. Tekan2 sikit. Biarkan lagi seketika sehingga telur tadi masak. Terbalikkan murtabak tadi dan lipatkan. Berhati2 ya ketika terbalikkannya. Angkat dan siap. Ulang step untuk kepingan seterusnya. Buat sehingga siap. Boleh dicicah dengan sos kegemaran.

ENJOY!



No comments: