Sunday, July 1, 2012

Resepi 99 : Nasi Goreng Ayam... tapi tak goreng.


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Haaa. pelik tak menu hari ni.
Selalunye lau namanya goreng,
mestilah kita goreng kan.
Tapi, ni cara lain sikit
Aku dapat resepi from blog jiran aku
Simple tapi sedap!!


Agak sedihnya,
aku terbuat ikot sukatan beras basmathi.
So, nasi agak lembik sikit.
Aku pakai beras thai jasmine je.
Patutnya kurangkan sikit sukatan air.
huhu.



Hari ni agak malas jugak nak tulis resepi ikot ayat sendiri.
So, aku kopi pes jelah.
Tapi resepi kak as ni untuk makan dalam 4-5 orang.
Kalau nak makan sikit tu, pepndai lah
ubah ye.
hihi

BAHAN BAHAN
(4-5 orang)

Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan (aku guna beras jasmine)
  • 4 1/2 cwn air (kurangkan air sikit kalau guna beras lain)
  • 1/2 cwn susu cair (aku guna susu segar)



Ayam goreng
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*
Tambahan
simple soup

CARA CARA

1. Potong ayam kepada 12 bahagian dan gaul dengan bahan2 bertanda *. Goreng sehingga hampir masak. Jangan goreng ayam cukup2 masak sebab nnt nak masukkan ayam dalam rice cooker.
2.  Letakkan periuk rice cooker diatas dapur. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
3. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
4. Tuangkan susu cair dan cawan air.
5.  Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak. 

ENJOY!!


No comments: