Resepi 127 : Nasi Goreng Nenas

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah hari ni ABM dah abes exam.
Summer Holiday now!
hihi


Tapi tapi tapi,
ABM balik malaysia lagi 2 minggu.
Hrm, agak tak sabar jugalah.
Sementara ade masa kat jepun ni,
Update la resepi yang mana sempat.
Kalau dah sampai malaysia nanti kompom
ABM tak update sgt pasal makanan ni.
haha.
Yelah, kat malaysia mestilah nak rasa
air tgn ibu kan.


Untuk resepi ni
ABM dapat dari dapur kak ita.
Thanks ye kak kongsi resepi yg mudah ni.
Hari ni mmg malas lagi nak masak yg gempak2.
So, nasi goreng jelah yang mampu.
hihi

Cuma, ABM ade juga skip bahan and ganti bahan lain
kalau yg tak ade tu.
ikotlah bahan2 yg ade kat dapur ni.
Sesape nak cuba, boleh tgk resepi 
kat bawah ni.


BAHAN BAHAN
(2 orang)

2 mangkuk nasi (digemburkan) - kuantiti utk 2 orang
200g nenas - boleh juga guna dalam tin punya
1 biji telur - pukul sedikit
150g isi ayam - dihiris kecil (kak ita pakai seafood)
1 ulas bawang putih - dihiris
1/2 biji bawang besar - dihiris
60 g lobak merah - dihiris panjang
60g kobes - dihiris
1 biji cili - dihiris (lau suka pedas tambah lg)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar lada hitam
2 sudu makan majerin

CARA CARA
1. Panaskan majerin didalam kuali dan tumis bawang putih dan besar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, lobak merah, dan cili. Kacau sehingga ayam hampir masak.
3. Masukkan telur dan biarkan masak sedikit barulah dihancurkan.
4. Masukkan nasi, sos ikan, lada hitam, kobes dan nenas. Kacau sehingga rata.
5. Biarkan seketika sehingga garing sedikit dan matikan api. Siap untuk dihidang.
Boleh juga taburkan daun bawang diatasnya jika mahu.

p/s : Sebenarnya sos ikan dah masin. Tapi, kalau rasa masih tawar, tambah sos ikan lagi ataupon tambah garam ya. ^^

ENJOY!

Comments

Popular Posts