Saturday, July 28, 2012

Resepi 125 : Orange Jelly Pudding

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Firstly ABM nak mintak maaf 
sebab dah 2 hari tak update resepi.
Bukan ape, semalam exam sangat banyak.
memang tak sempat nak masak yg sedap2.
Buka pon just makan yg simple2 je.


Okeylah, hari ni utk iftar
ABM buat menu nih.
Just dessert jelah.
Untuk main dish tu ABM rase
petang ni buat yg mana sempat je kot.
Sebab minggu depan ade lg 2 biji exam.
Pastu, merdeka!
haha.
After exam lah kot baru ABM buat resepi untuk
main dish.


Untuk resepi ni, ABM ambil dari kak juwita.
Thanks ye kak.
Tapi, yg beza nya kak juwita buat berlapis2.
Tapi ABM buat 2 lapis je.
Sebab malas nak menunggu jelly tu keras kan.
hahaha.
So, ini jelah yang mampu.


Resepi pon mudah je.
Jom kita tengok apa bahan2 yg digunakan

BAHAN BAHAN
(5 cawan - bergantung pada saiz)

Lapisan oren
4g serbuk agar-agar
400ml air
5 sudu besar gula - ikot tahap kemanisan yang anda suka
1 biji perahan jus oren - ABM dapat 100ml (ditapis)
sedikit pewarna kuning

Lapisan oren susu
4g sebuk agar-agar
200ml susu segar
200ml air
5 sudu gula - ikot tahap kemanisan yang anda suka
1 biji perahan jus oren - ABM dapat 100ml (ditapis)
sedikit pewarna kuning

CARA CARA
1. Untuk lapisan oren biasa, didalam periuk satukan air,gula dan sebuk agar-agar. Dengan menggunakan api yang kecil, masak seketika sehingga gula larut. Kemudian, masukkan perahan jus oren dan sedikit pewarna kuning. Kacau sebati dan matikan api.
2. Masukkan 100ml air oren kedalam setiap cawan. Kalau nak buat macam ABM buat tu, sendengkan cawan untuk dapatkan bentuk yang lebih menarik.
3. Masak dengan kaedah yang sama untuk lapisan susu oren. Bila lapisan oren tersebut dah benar2 sejuk dan mengeras, barulah masukkan lapisan susu oren kedalam nya. Sejukkan sepenuhnya didalam peti ais.

p/s: sila baca arahan penggunaan serbuk agar2 tu ye. Kalau yang ABM guna ni, 4g untuk 500ml air. So, jangan terlebih air ye. Kalau tak nnt jelly tak set.

ENJOY!

No comments: