Monday, July 23, 2012

Resepi 122 : Seasonal Fruit Caramel Bread Pudding

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Firstly, thanks kat kak azlita
sebab kongsi resepi ni.


Disebabkan hari esok takde exam,
so, ade lah masa sikit nak buat puding ni.
Actually, ABM sgt2 suka bread pudding.
Cuma sebelum ni buat bread puding yg biasa je.


Pastu, haritu kak ita ade post resepi ni.
Rupa dy sangat menarik!
Nampak mcm caramel pudding biasa tu.
Tapi sebenarnya bread pudding.

Resepi nya pon mudah saja.
Cumanya, ABM agak tak reti sgt nak buat caramel ni.
HAHAHA
Sebab tu lah nampak tak keperangan sangat mcm kak ita buat.
Tapi, apa2 pon thanks sangat.
Tercapai cita2 nak buat.
hihi


Sekarang kat sini dah summer.
So, takdelah buah strawberry bagai.
Cuma ade buah2 ala2 tropika camtu je.
Bila tgk buah2 dalam tin pon sama je.
Agak terkilan sikit sebab tak dapat nak buat
macam kak ita punya.

Tapi, memang agak terliur lah sebab buat time puasa ni.
hihi.
Nak rasa tak tawu lagi macam mana texture nye.
So, tunggu lah sampai buka nanti.
Sesape yg nak buat untuk berbuka,
jom tengok bahan2 apa yg digunakan.


BAHAN BAHAN
(ABM dapat 5 bekas kecil - 7cm)

caramel
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

puding
6 keping roti - dibuang tepi
1 1/2 cawan susu segar - disuamkan
1/2 cawan double cream/whipping cream
1/4 cawan susu pekat/susu sejat - kalau tak pakai buah yg masam, kurangkan.
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji lemon - diambil parutan kulitnya sahaja (lemon zest)
3 biji telur - dipukul seketika (jgn sampai berbuih)

filling
mix fruit dalam tin - secukupnya
*apa2 buah yg difikirkan sesuai. cth : jenis2 berry*

CARA CARA

caramel
1. Hanguskan gula didalam saucepan sehingga keperangan. Kemudian masukkan air panas.
2. Kacau segera supaya caramel tak berketul.
3. Masukkan kedalam bekas puding yg bersesuaian.
4. Biarkan seketika

nota : hati2 buat caramel kerana sgt panas. JANGAN sekali2 nak sentuh caramel tu pakai tangan ya!

puding
1. Panaskan oven 160c. 
2. Satukan susu yg disuamkan, roti, susu pekat dan esen vanilla didalam blender. Kisar sehingga halus.
3. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan double cream/whipping cream dan parutan kulit lemon  kedalamnya. Kacau sebati.
4. Masukkan telur yg dipukul seketika tersebut kedalam adunan puding dan kacau rata.
5. Tapiskan adunan untuk dapatkan puding yg smooth je.
6. Masukkan adunan puding yg dah ditapis tadi kedalam bekas puding yg berisi caramel tadi. Bahagikan sama rata. Kemudian, masukkan buah2 kedalamnya.
7. Bakar dengan kaedah double boiler dan bakar sehingga 50 minit. Setelah masak, sejukkan dahulu sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada bekas.
Boleh dimakan bersama ice cream ataupon sos caramel. Nak makan camtu pon okey saja.

ENJOY!



4 comments:

Cik TeN10 said...

Aduhaiii..meleleh air liur tgk puding roti ni..huhu

i'mNOTmasterchef said...

cik ten10

kan! yg tukang buat ni pon tahan jeee mase buat puding ni,
hahaha. :D

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

sedap nya ;) kan best kalaun admin blog nie boley buat masakan ikut kategori. senang nak search.

i'mNOTmasterchef said...

kategori ade kat sidebar blog ni.
Tengok2 lah ye.
:)