Saturday, July 21, 2012

Resepi 120 : Samosa Ayam dan Kentang

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni kak As ade buat jamuan berbuka kat sini.
Alhamdulillah.
Semoga Allah melimpahkan rezeki kepada
keluarga kak As


Okeylah, hari ni agak rajin nak buat samosa
Bahan2 pon dah tersedia ada kat dapur.
Tengah hari tadi dah siap2 buat filling samosa nih
Tapi untuk melipat tu,
ABM ade lah mengajak kawan2 kat sini mintak tolong bungkus.
Biar cepat sikit siap.
Yelah, kalau untuk makan sikit boleh la buat sorang.
Tapi lau untuk makan ramai2 tu,
sakit jugaklah lau kene buat senseorang kan.


ABM rujuk resepi from
ABM dapat pon bila search from google.
Tak kenal pon siapa tuan punya blog.
hihi
Tapi, apa2 pon, thanks ye for the recipe.


BAHAN BAHAN
(40 ketul)

Kulit popia secukupnya - dipotong 2 setiap helaian

inti
1 cawan (200g-250g) daging ayam cincang
500g ubi kentang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dihiris halus
3 sudu besar serbuk kari
1 batang lobak merah - dihiris panjang
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun kari
sedikit air
minyak untuk menumis dan menggoreng

bahan untuk "gam"
putih telur/air

CARA CARA
1. Rebus ubi kentang yang dah dipotong dadu sehingga 3/4 empuk. Angkat dan toskan
2. Didalam kuali beserta sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati dan garing.
3. Masukkan ayam cincang dan kacau sebati sehingga ayam tak berketul besar. 
4. Masukkan kentang, sedikit air dan lobak merak. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati. Biarkan sehingga kentang empuk sepenuhnya dan inti kering. Padamkan api. Biarkan inti sejuk sebelum dimasukkan kedalam kulit samosa.
5. Cara melipat samosa sila lihat dibawah:
Bahagikan kepada 2 bahagian yg sama besar

Lipatkan kulit popia berbentuk segi tiga

Sapukan air/putih telur di bahagian hujung

Jadikan seperti bentuk kon

Isikan inti (jgn penuh) 

 Sapukan air/putih telur dibahagian helaian pertama

Sapukan air/putih telur dihelaian kedua

Lipatkan dan SIAP!


6. Bila dah siap kesemuanya, bolehlah digoreng guna api sederhana besar. Siap!

ENJOY!



5 comments:

Asmara said...

TQ! sedap giler! tp dapat mkn satu je. hikhik..

ayu yahya said...

sedapnyeeee.......suke sume resepi sis... salam perkenalan sy ayu masih baru dalam dunia blog nie..harap sis sudi menjenguk blog sy..n follow...thanks sis...

A.B.M said...

Memang sedap samosa ni.
btw ayu, saya lelaki. bukan sis. hihihi

Jane Fyerol said...

tq for the recepi.. tp samosa ni mkn mcm tu saja kah? x cacah dengan sos kah apa? tq.

A.B.M said...

most welcome. sy cicah dgn sos je. hihi