Resepi 119 : Low-Fat Peach Frozen Yogurt.. Salam Ramadan


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


First of all nak ucapkan
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
kepada semua kawan2 yg mengenali diri ini
dan jugak kepada tetamu yg singgah kat blog ABM nih.


Alhamdulillah pada tahun ni kita semua
masih lagi menjadi tetamu kepada Ramadan al Mubarak.
Bersama2lah kita perbanyakkan amal ibadah
disamping menahan lapar dan dahaga disiang hari.
InsyaAllah


Baiklah, after kelas tadi ade buat menu nih
Tapi disebabkan kene tunggu adunan ni membeku,
jadilah menu moreh untuk hari nih.
hihi.


Bahan2 nya mudah je.
Bukan sahaja sihat, tapi menyegarkan dan sedap.
Agak sesuai jugaklah nak jadikan menu diet.
Jom kita tengok bahan2 yg digunakan.

BAHAN BAHAN

1 tin (450g) buah peach - nak pakai segar pon boleh
2 cawan low-fat plain yogurt
1/3 cawan gula
sedikit kekacang - hiasan

CARA CARA
1. Kisarkan buah peach bersama syrupnya (kalau pakai yg dlm tin) kedalam food processor. Kalau nak buat hiasan, tinggalkan sikit buah peach tersebut untuk dipotong dadu. Kisar sehingga halus. Kemudian, tapiskan. Ini untuk menjadikan frozen yogurt smooth je. Kalau tak tapis nanti adelah rasa hampas2.
2. Campurkan gula dan yogurt tadi kedalam peach yg dah ditapis tadi. Whisk kan sehingga gula larut. 
3. Masukkan kedalam ice cream machine dan ON kan sehingga adunan agak kental. Masukkan kedalam bekas yg sesuai dan masukkan kedalam peti ais ( tempat buat ais tu) selama 2 jam atau sehingga adunan betul2 membeku. Barulah boleh dihidang.

*cara lain*
 1. Jika tiada ice cream maker, adunan tersebut hendaklah disimpan didalam peti ais (di bahagian buat ais tu) semalaman. Dalam jangka masa setiap 1 jam, hendaklah dikeluarkan sebentar dan whisk kan seketika. Setelah itu, masukkan semula kedalam peti ais. Buat sehingga adunan likat dan membeku (dalam 6-7 kali).
2. Setelah adunan agak likat, bolehlah biarkan sahaja sehingga beku sepenuhnya.

ENJOY!

Comments

Popular Posts