Monday, July 16, 2012

Resepi 117 : Homemade Lemon Icecream


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Minggu ni sampai akhir bulan 7 adelah minggu final exam
untuk 2nd year 1st sem  kat jepun  nih.
Memang kelam kelibut lah jadinya.
Minggu ni cume ade 2 subjek je. Tapi untuk minggu depan
memang tough lah.
Banyak gila exams!

Doakan ABM ye kawan2.
Dan kepada kawan2 yg amik exam jugak,
Goodluck kat korang.
Dan goodluck jugak kat ABM sendiri.
Mudah2an kita mudah dan tenang dalam 
menjawab exam.


Okeylah, hari ni ABM buat icecream je.
Maklumlah summer.
Hari ni mmg panas gila.
So, nak makan bende sejuk je.
Pakcik Aircond pon dah start bekerja.
Memang malas yg teramat bila nak kluar.


Okeylah, ABM pon nak smbung study pasni,
So, jom tgk bahan2 ape yg digunakan.


BAHAN BAHAN

1 cawan susu segar - disejukkan
3/4 cawan gula
2 cawan heavy cream / whipping cream
1 biji jus lemon + lemon zest sikit
(ikot tahap kemasaman yg anda suka)

CARA CARA
1. Sesape yg ade icecream maker mudah je. Campurkan kesemua bahan dan whisk kan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan kedalam icecream maker dan tekan butang ON. Tunggu sehingga membeku (masa bergantung pd jenis ice cream maker)

*cara lain*
 1. Jika tiada ice cream maker, adunan ice cream tersebut hendaklah disimpan didalam peti ais (di bahagian buat ais tu) semalaman. Dalam jangka masa setiap 1 jam, hendaklah dikeluarkan sebentar dan whisk kan seketika. Setelah itu, masukkan semula kedalam peti ais. Buat sehingga adunan likat dan membeku (dalam 6-7 kali).
2. Setelah adunan ice cream agak likat, bolehlah biarkan sahaja sehingga beku sepenuhnya.

ENJOY!

2 comments:

Anonymous said...

ABM, whipping cream yg dimaksudkan tu dairy@non-dairy whipping cream?

kalau guna non-dairy whipping cream, jadi tak ice cream tu?

A.B.M said...

anon,
ABM mmg guna Non-diary whipping cream.
sorry ya kat resepi kurang info. :)