Sunday, July 15, 2012

Resepi 116 :Chicken Balls Curry Spaghetti Citarasa Asia


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Salam hujung minggu kawan2.
Hari ni actually takde idea nak buat ape.
Bila tgk stok kat dapur ade lagi spaghetti yg belum dimasak
Pikir punya pikir, tercetus idea nak buat spaghetti ala2 asian style ni


Resepi2 ABM sebelum ni pon ade resepi chicken balls spaghetti
dan ade juga mee curry udon punya resepi.
So, gabungkan 2dua resepi ni.
and then, jadilah menu nih
hihi


Sesape yg nak cuba tu boleh try resepi nih.
Tapi, resepi yg ABM tulis ni utk portion yg bnyk jugaklah.
Hari ni ABM buat sikit je.
So, ABM separuhkan resepi nih.
Tak rugi mencuba!
hihi


BAHAN BAHAN
(3-4 orang)

400g spaghetti - direbus dan ditoskan

Chicken balls
400g daging ayam cincang
1 biji ubi kentang (kalau kecik, guna 2 biji) - direbus
1 biji telur
1/2 biji bawang besar/holland - dihiris dadu kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan bread crumbs


kuah kari
350g keledek (ABM guna keledek jepun)
4-5 sudu besar serbuk kari
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*
2 biji buah pelaga*
bunga cengkih - ABM x letak*
1 sudu kecil tepung gandum (dibancuh dgn air sikit)
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

dikisar
1 1/4 biji bawang besar/holland
1/2 inci halia
2 biji bawang putih
1 1/2 sudu besar udang kering

Tambahan
telur rebus
taugeh
(apa2 filling yg dipikirkan sesuai)

CARA CARA

Kuah Kari

1. Rebuskan keledek dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
2. Didalam periuk berisi minyak, masukkan bahan2 bertanda (*). Jika dah naik bau, masukkan bahan2 kisar (bukan keledek ya). Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan pula serbuk kari. Kacau sebati. Jika sudah pecah minyak, masukkan keledek yang dikisar dan air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
4. JIka dah mendidih, perasakan dengan gula dan garam. Kemudian, masukkan bancuhan tepung. Kacau sehingga agak pekat (jangan pekat sangat pula). Kalau pekat, tambah air panas. Jika dah ok, matikan api dan siap untuk dihidang.

Chicken balls
1. Masukkan ayam cincang didalam mangkuk. Gaul bersama bawang besar, serbuk lada hitam dan garam. Kemudian, masukkan pula telur dan ubi kentang yg dilenyek. Gaul sebati. Masukkan pula tepung gandum dan bread crumbs. Gaul sebati.
2. Panaskan minyak untuk gorengkan chicken balls. Pastikan minyak kene banyak untuk deep fry. Gunakan 2 batang sudu untuk bentukkan meatballs jadi bulat (guna tangan pon bole). Pastu goreng sehingga garing. Buat sampai habis dan toskan.

Boleh dimakan bersama bahan2 tambahan yg disukai

ENJOY!

1 comment:

faa.rosli said...

unik unik...nmpak sedap...