Saturday, July 14, 2012

Resepi 115 : Sticky Dates Pudding with Butterscotch Sauce


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Lagi bape hari lagi kita dah nak berpuasa kan.
Bila dah nak masuk bulan puasa ni,
mesti lah penjualan kurma ni meningkat.
hihi.


Jadi, untuk mengkreatif kan hidangan kurma tu,
apa kata kawan2 cuba resepi nih.
Memang sedap!

Menu ni sebenarnya adalah dessert orang2 Australia.
ABM ade jugak tengok masterchef Australia 
dan adelah sorang contestant tu buat menu ni.
Nampak mcm sedap je kan.
So, beberapa hari lepas ade order kurma
Hari ni baru sampai.
Terus buat menu ni.
Nak try lah kan mcm mana rasanya
hihi


Actually untuk hidangan ni dimakan sekali dengan double cream.
Tapi ABM tak letak.
Sesape yg nak cuba,
bolehlah letak cream tu kalau suka.

ABM ambil resepi dari taste.com.au
Actually pakai search je kat google.
terus Encik Google bagi link nih.
Thanks ye google. hihi

ABM buat separuh adunan dari resepi tu.
Malas nak buat bnyk2 hihi.
Jom tengok resepi bahan ape yg digunakan.


BAHAN BAHAN
(7 cupcakes - bergantung pada saiz)

150g kurma - dibuang biji
125 air panas
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
40g butter - disuhu bilik
50g gula kastor
1 biji telur
60g tepung naik sendiri - ABM takde
(ABM gantikan tepung kek + 1/2 sudu kecil baking powder)
38g tepung gandum biasa (all-purpose flour)

Butterscotch Sauce
90ml whipping cream
70g gula kastor (kalau taknak manis sgt buat 50-60g je)
30g butter (unsalted)

Tambahan
Ready-made Cream - ABM tak letak

CARA CARA

Panaskan oven 180c

1. Satukan air panas, kurma dan soda bikarbonat. Biarkan 5 minit. Kemudian, masukkan bahan2 ini kedalam food processor. Kisar kurma.
2. Didalam mangkuk lain, pukul butter dan gula sehingga pucat dan creamy. Kemudian, masukkan telur. Putar sehingga kembang. Masukkan adunan kurma tadi dan kaup balik adunan gunakan spatula. Kemudian, ayakkan tepung naik sendiri dan tepung gandum kedalam adunan sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati.
3. Masukkan adunan kedalam cawan cupcakes. Bakar selama 20-25 minit. Bila dah siap, sejukkan seketika sebelum dihidang.

Butterscotch sauce
1. Sementara tunggu puding masak, campurkan semua bahan2 untuk sauce kedalam saucepan. Masak menggunakan api medium heat selama 5 minit. Sauce tersebut hendaklah sentiasa dikacau. Masukkan kedalam bekas yg sesuai dah siap utk dihidang.

Boleh dimakan sekali dengan ready-made cream jika suka.

ENJOY!


4 comments:

Wani Fadhilah said...

salam wbt...
nice, oishisouuu~ kOnfem sedap ni! untungnya perut orang2 di kanazawa eh! haha..

i'mNOTmasterchef said...

wslm wbt
feedback dri orng2 yg mkn kate sedap.
boleh la cube! hihi.
btw, bukan kanazawa tapi yonezawa,yamagata. ^^

#ciksuzlin said...

nampak sedap ni~ (^______^)v nanti kita try.

i'mNOTmasterchef said...

cik suzlin,
mmg tak rugi kalau try. ^^