Resepi 112 : Homemade Mango Icecream


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Beberapa hari lepas ABM ade tempah ice cream maker
via internet.
Ingtkan lama lagi bende nih nak sampai,
tetibe je ade orng tekan loceng rumah haritu.
Tengok luar ade postman dgn bawak 1 kotak yg agak besar.
Yey2! Ice maker dah sampai.
hihi


Terus excited nak buat ice cream panas2 camni.
Sgt berbaloi lah.
Lain kali nak try perasa yg len pulak.

Untuk resepi ni,
ABM tengok kat dalam yg didatangkan sekali bersama ice cream maker tu.
Sangat lah simple bahan2nya.
Bahan2 pon ade.
Terus semangat nak buat.


Jom tengok bahan apa yg digunakan.

BAHAN BAHAN

1 cawan jus mango (yg pekat) [kalau pakai fresh mango lg mantap] - disejukkan
2 cawan heavy cream / whipping cream - disejukkan
1/2 cawan gula 
2 sudu kecil perasa mango (optional) [kalau pkai fresh mango x perlu kot]
1 sudu kecil pewarna kuning (kalau nakkan lg warna kuning tu menyerlah)
hirisan mango - untuk hiasan

CARA CARA

1. Baca arahan ice cream maker dan cara penggunaan nya (setiap ice cream maker lain caranya). Didalam mangkuk, letakkan jus mango dan gula. Kacau sehingga gula larut. Masukkan heavy cream / whipping cream dan kacau sebati. Masukkan perasa mango dan pewarna kuning didalamnya. Kacau sebati.
2. Letakkan adunan kedalam ice cream maker. Tekan butang ON dan biarkan sehingga membeku. (kalau ikot ice cream maker ABM dalam 25-30 minit). SIAP!

**cara lain**
1. Jika tiada ice cream maker, adunan ice cream tersebut hendaklah disimpan didalam peti ais (di bahagian buat ais tu) semalaman. Dalam jangka masa setiap 1 jam, hendaklah dikeluarkan sebentar dan whisk kan seketika. Setelah itu, masukkan semula kedalam peti ais. Buat sehingga adunan likat dan membeku (dalam 6-7 kali).
2. Setelah adunan ice cream agak likat, bolehlah biarkan sahaja sehingga beku sepenuhnya.

ENJOY!


Comments

Popular Posts