Monday, July 9, 2012

Resepi 109 : Labu Masak Lemak


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni ABM masak menu kegemaran
time kecik2.
Sekarang pon still minat lg.
Teringat masakan mak.
huhu


Masak ni sangatlah simple
Mudah dan yg paling penting menyelerakan/

Sesape yg takde idea nak masak apa hari ni,
boleh la start enjin kereta.
Pegi pasar beli labu.
hihi


BAHAN BAHAN
(2-3 orang)

1/2 biji labu (Labu kat jepun kecik) - dikupas dan dipotong
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk kecil ikan bilis - ditumbuk
4 batang lada hijau - ditumbuk (ikot thp kepedasan yg suka)
sedikit belacan - ditumbuk (kalau suka)
50g kacang panjang - dihiris
soo hoon - ikot suka bape bnyk nk letak
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
garam secukup rasa

CARA CARA

1. Tumis bahan2 yg ditumbuk dan bawang besar sehingga naik bau. KEmudian, masukkan labu dan kacang panjang. Kacau sebentar.
2. Masukkan air dan biarkan sehingga labu agak lembut (guna garfu utk test labu). Pastu, masukkan santan. Biarkan seketika. dan masukkan soo hoon.
3. Perasakan ngn garam. Bila soo hoon dah lembut, matikan api dan siap!

ENJOY!

2 comments:

ila shei said...

Skrang ni semua org msak nak snang je..smua nye guna teknik goreng,dri rendang smpai lah msak lemak..tp sy still guna cara lama..wlau pun lama,tp hsil nye lbih sdap..n tak bminyak..

ila shei said...

Skrang ni semua org msak nak snang je..smua nye guna teknik goreng,dri rendang smpai lah msak lemak..tp sy still guna cara lama..wlau pun lama,tp hsil nye lbih sdap..n tak bminyak..