Friday, July 6, 2012

Resepi 107 : Red Velvet Forest Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Opss opss!
Tu bukan salah tulis nama cake ye.
Tapi adelah nama cake yang telah aku derhaka kan!
HAHAHA


If you know who am i,
ABM suka sgt menderhaka kan sesuatu resepi tu.
So, watch out!
Mana lah tahu resepi anda akan ABM derhaka kan.
hihi

Eh. Tak adelah sampai macam tu sekali kan.
Actually, ABM gabungkan 2 element kek dalam 1 kek.
Iaitu black forest cake dan red velvet cake.
ABM suka makan black forest cake
dan ABM juga sgt tempted dengan warna kek red velvet.
So, tak salah rasanya kalau nak gabungkan
kek yg kita suka dalam 1 kek.


Actually, ABM rujuk from resepi kek from recipe in this blog 
iaitu black forest cake yg originally i took from resepi kak juwita.
I love the recipe because the sponge cake is very soft
and the cake is delicious!
So, lets scroll down to see what the ingredients are used.


BAHAN BAHAN
(18cm-20cm)

Strawberry Sponge Cake
bahan A
3 biji kuning telur
100g gula kastor
120g tepung kek
50ml minyak masak/jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder

bahan B
1 sudu besar serbuk koko
120ml air suam
2-3 sudu kecil pewarna merah (ABM guna yg cair)
2 sudu kecil perasa strawberry

bahan C
3 biji putih telur
60g gula kastor
1 sudu kecil lemon juice

Simple Syurp
50ml air suam
1 sudu besar gula

Frosting dan Lain-lain
100g cream cheese (dilembutkan)
300ml whipping cream
25g gula kastor
150g jam strawberry
Buah cherry secukupnya

CARA CARA

Panaskan oven 170c

Strawberry Sponge cake
1. Satukan tepung, baking powder dan soda bikarbonat. Ayakkan. 
2.Masukkan kesemua bahan A kedalam mangkuk termasuk bahan di step (1) tadi. Guna whisk tangan (manual) sehingga sebati.
3. Campurkan kesemua bahan B dan masukkan kedalam adunan di step (2) tadi. Whisk kan sebati. Ketepikan.
4. Untuk bahan C, sediakan mangkuk lain. Putarkan putih telur sehingga berbuih. Masukkan jus lemon. Putarkan. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit. Gunakan kelajuan maksima sehingga mencapai stiff peak (kalau terbalikan mangkuk, putih telur tak tumpah). 
5. Masukkan separuh putih telur kedalam adunan di step (3) tadi. Kaup balik adunan. Kaup ala kadar je. Kemudian, masukkan adunan tersebut kedalam adunan lebihan putih telur. Kaup balik lagi sehingga sebati. JANGAN kaup terlalu kasar atau lama. Kaup slow2 je. Masukkan kedalam loyang. Bakar didalam oven yg dipanaskan tadi selama 50 minit. Jika dah 50 minit, cucuk lidi ditengah2 kek. Kalau lidi tu keluar dengan bersih, tak de cecair adunan lagi, bermakna, kek telah masak. Kalau belum, bakar lagi.
6. Sejukkan diatas redai sepenuhnya sebelum dipotong.

Simple Syrup
1. Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut. Ketepikan.

Frosting
1. Putarkan whipping cream dan gula sehingga berbuih. Kemudian, masukkan cream cheese dan putarkan sehingga cream kental (soft peak). Ketepikan

Penyediaan
1, Jika kek dah sejuk, potong kepada 3 bahagian. Setiap bahagian yg dipotong hendaklah disapu dengan simple syrup tu supaya kek kekal moist. (Jika ada bahagian yg tak cantik, potong bahagian tersebut. Bahagian yg tak cantik tu boleh dipotong kecik2 untuk hiasan ditepi2 kek)
2. Diatas lapisan pertama, letakkan sedikit cream cheese frosting dan ratakan. Paipkan strawberry jam diatasnya. Sandwich kan dengan lapisan kedua. Buat kaedah yg sama juga. Setelah selesai, tutup dengan lapisan ke3. Cover keseluruhan kek dengan cream cheese frosting. 
3. Dibahagian tepi kek boleh letak apa2 yg suka. ABM letak hirisan kek yg tak cantik tu kat tepi kek. Pastu, letakkan cherry diatasnya untuk menampakkan kek tersebut ala2 kek black forest. Lebihan jam strawberry boleh dipaipkan diatas kek. Siap! Sejukkan seketika didalam peti ais sebelum dipotong.

ENJOY!



2 comments:

AZLITA AZIZ said...

Salam ABM

Satu idea yang menarik!
kebetulan akak suka sangat black forest cake dan juga velvet cake. Bila di gabungkan nampak lebih menarik. Rasanya juga pastilah bertambah-tambah lazat tak terkata

i'mNOTmasterchef said...

wslm kak
sememangnye sedap.
akak try lah ye. hihi. :)