Thursday, July 5, 2012

Resepi 106 : Blossom Sausage Bread


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Semalam aku ade join contest wowww 1001 giveaway.
So, mintak tolong rakan2 pengunjung ABM
singgah lah blog 1001 resepi tu ye.
Please. hihi


Okeylah, Hari ni teringin nak buat sosej nih.
Selama ni tgk je kat blog kawan2 yg buat roti nih.
Bukan je nampak sedap,
tapi bentuk dy pon menarik.
Bahan2 pon dah ade kat dapur,
rajin lah sikit nak buat roti nih.

Aku rujuk resepi from Che Mat.
Mudah diikut sebab che mat ade tunjukkan 
gambar cara2 yg memusingkan roti nih
Tengs ye che mat.
Aku buat setengah adunan che mat.
Sebabnya untuk makan sorang je kan.
Kalau dah berkeluarge tu boleh la double kan
resepi ni.

Actually, ade juga bahan2 yg che mat guna aku xde.
So, aku gantilah bahan2 yg laen,
ataupon, aku skip bahan2 tu.


BAHAN BAHAN
(5 ketul)

doh
140g tepung roti*
20g gula*
secubit garam*
1 sudu kecil vegetable shortening*
5g susu tepung - (aku x letak)*
15g telur (pecahkan 1 biji, pukul kejap dan timbang)
10g mentega

4g instant dry yeast
1 sudu besar gula (lebih kurang 5g)
65ml air suam (kalau guna breadmaker, letak air biasa je)

hiasan dan lain2
5 ketul sosej - dicelur dengan air panas dan toskan
lebihan telur tadi
mayonis
sos chili/sos tomato
mix vege

CARA CARA

1. Didalam mangkuk kecil, satukan gula,air suam dan yeast. Biarkan sehingga yeast aktif (berbuih). Satukan bahan2 bertanda (*) dan gaul sebati. Buat ruang ditengah2 dan masukkan bancuhan yeast dan telur. Uli sebati sehingga kental. Kemudian, masukkan mentega. Uli sehingga kental dan licin (dalam 20 minit). Wrapkan dan perap doh didalam tempat suam selama 50 minit atau 1 jam.
**Jika ade breadmaker, satukan kesemua bahan2 doh, pilih setting doh dan tekan ON. Tunggu sehingga siap.

gambar 1

gambar 2

gambar 3

2. Tumbuk doh untuk buangkan udara. Tabur sedikit tepung di papan kerja dan bentuk doh memanjang. Kerat doh kepada 5 bahagian (lihat gambar 1). Kemudian, ambil 1 bahagian doh dan leperkan. ikot saiz sosej. Setelah itu, balut sosej dengan doh dan kelar kepada 8 bahagian (lihat gambar 2). Tolakkan setiap bahagian keluar dan bentukkan seperti bunga (lihat gambar 3). ABM letakkan doh didalam mangkuk kertas. Kalau tak ade, letak je atas baking paper. 
3. Biarkan adunan naik 1 kali ganda sebelum bakar.
4. Panaskan oven 180c. Doh yg dah naik, sapukan dengan lebihan telur tadi dan letakkan mayonis dan sos. Tabur sedikit mix vege diatasnya.
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan sebentar sebelum dihidang. 

ENJOY!



2 comments:

Rai said...

bestnyaa....

i'mNOTmasterchef said...

rai:
Semestinya best dan enak! hihi