Tuesday, July 3, 2012

Resepi 104 : Homemade Chicken Burger


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni aku teringin sgt nak buat burger.
Sebabnye semalam kawan aku ade post burger yg dia buat.
Memang terliur lah!
So, amik inisiatif nak buat burger sendiri.


Resepi aku dapat dari kak juwita.
Actually, kat jepun ni kalau kat supermarket tu mmg jarang nampak bun utk burger
Memang macam xde lah.
Padahal kat sini ade je McD ngn KFC sume tuh.
Tapi, tak halal kan.
Memang kempunan lah kalau xde usaha nk buat burger sendiri.
hihi

Resepi bun kak juwita memang sedap.
Lembut dan gebu.
Gerenti puas hati lah.
hihi
Aku buat 1/2 adunan resepi kak juwita tuh


BAHAN BAHAN
(4 ketul bun saiz besar)

Burger Bun
150g tepung roti
30g tepung gandum biasa
1 sudu gula
secubit garam
1 sudu besar tepung susu (aku x letak)
1 sudu kecil yis
1/2 biji telur (lagi 1/2 tu buat untuk gris)
1 sudu besar margerin/mentega
50ml susu segar (yg disuamkan)
30ml air suam

Gris
Biji sesame secukupnya
Lebihan telur tadi
1 sudu kecil susu segar
1/2 sudu kecil madu

Daging Ayam
250 ayam cincang
5 sudu bread crumbs
1 sudu kecil jintan manis
secubit garam
1 sudu tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu kecil mayonis
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil serbuk kari

Tambahan
Daun lettuce
Hirisan tomato
timun
slice cheese
mayonis
Sos chili/ketchup  

CARA CARA

Burger Bun
1. Air suam dan yis hendaklah disatukan dan biarkan seketika.
2. Didalam mangkuk besar, masukkan kesemua bahan2 kecuali bancuhan yis dan mentega. Uli sebati. Bila yis dah aktif, masukkan yis dan uli sebati. Bila dan okey, masukkan mentega dan uli sebati sehingga doh menjadi lembut dan licin. 
3. Coverkan dengan plastik wrap dan simpan didalam ruang yg suam selama 1 jam. Bila dah 1 jam, bahagian doh kepada 4 bahagian dan bulat2 kan. Tekankan sedikit doh.
4. Panaskan oven 180. Simpan doh yg sudah dibentuk tadi sekali lagi sehingga naik 2 kali ganda. Satukan bahan2 gris kecuali biji sesame. Griskan atas doh dan taburkan biji sesame diatasnya.
5. Bakar selama 18-20 minit.

*jika ade breadmaker, lagi senang. Masukkan kesemua bahan2 dan tekan setting utk doh dan ON kan. Tunggu sehinnga siap!

tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

Daging ayam
1. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Simpan didalam peti ais selama 1/2 jam.
2. Bila dah 1/2 jam, bahagian kepada 4 bahagian dan buat bentuk bulat leper seperti daging burger. Bila dan siap, simpan dalam peti ais. Kalau nak guna baru keluarkan.
3. Goreng sehingga garing. Bolehlah letak ikot suka utk susunan didalamnya!

ENJOY!

5 comments:

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

wah.. tengok pulak pada waktu tengahari2 camni... wah (^___^) lapaq aih..hehe

i'mNOTmasterchef said...

hihi. ape lagi, jom pegi dapur. hihi

Siti Ruqaiyah 313 said...

Sedapnye.. Nk cube wat la.. Biji sesama tu ape?

Siti Ruqaiyah 313 said...

Sedapnye.. Nk cube wat la.. Biji sesama tu ape?

Siti Ruqaiyah 313 said...

Sedapnye.. Nk cube wat la.. Biji sesama tu ape?