Monday, July 2, 2012

Resepi 102 : Crispy Salmon with Simple Salad and Dressing


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Actually hari ni aku buat salmon ni dengan couscous.
Memandangkan hari ni aku mcm malas sgt nak menaip,
so, aku taiplah dulu entry pasal resepi yg tak bnyk step.
Jimat masa.
hihi


Supermarket kat japan ni mmg bnyk jual ikan salmon nih.
Tapi yg dah siap dipotong lah.
Tetibe timbul idea nak buat menu simple nih.
Aku buat ala2 japanese food lah.
Sebabnya aku letak wasabi dalam dressing tu.
sangat sedap!
Sesuai lah utk orng yg jage kesihatan
dan orng yg tengah "on diet" kan
hihi

Okeylah, jom tgk ape bahan yg aku guna.


BAHAN BAHAN
(1 orang)

1 hirisan ikan salmon
secubit garam dan lada hitam
sedikit minyak zaitun

Salad
Hirisan kobes
Hirisan daun salad
Sedikit mix vege - cadangan (aku xletak)

Dressing
5 sudu besar mayonis
1 1/2 sudu kecil wasabi
1 1/2 sudu kecil madu

CARA CARA

1. Gaulkan salmon dengan garam, lada hitam dan minyak zaitun. PAnaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun. Gunakan api yg kecil ya. Kulit salmon hendaklah berada diatas kuali untuk crispy kan nya. Kalau dah mcm garing, terbalikkan side salom tu. Biarkan beberapa ketika. Jngn overcook pulak ye.
2. Untuk dressing, satukan kesemua bahan2 dan gaul sebati. Masukkan 2/3 dressing itu kedalam salad. Gaul sebati. Lagi 1/3 dressing tu utk curahkan atas ikan.
3. Susunkan ikot suka. Siap! 
(buah cherry tu aku buat just hiasan je. Macam pencuci mulut after makan ikan tu lah. hihi)

ENJOY!

1 comment:

hitomi lavender said...

Ni pun nmpk cam sedap..saya suka wasabi..he