Saturday, June 30, 2012

Resepi 98 : Carbonara Spaghetti


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Menu hari ni pon berkisahkan spaghetti
Aku sebenarnye malas sgt nak masak lauk.
Sebab tu lah ambik jalan mudah buat spaghetti ni
Simple but sedap!

Sesape yg tak pernah rasa carbonara ni,
ni adelah spaghetti yg berkrim.
Aku ulang, BERKRIM!
Sesape yg tak suke susu dan sebagainya tu,
aku sarankan tak payah la cuba,
nanti ade pulak yg termun**h hihi.

Aku sebenarnye takdelah tergila sangat kat carbonara ni
tapi sekali sekala rasa makanan yg berkrim
apa salahnya kan.
hihi

Aku dapat resepi ni dari Dapur Malaysia.
Tengs ye kepade tuan punye resepi.


BAHAN BAHAN
(2-3 orang makan)

200g-300g spaghetti
2 ulas bawang putih - dimayang
1/4 biji bawang holland/besar - dipotong dadu kecil
1 biji telur (lau tambah cream, tmbh 1 biji telur lg)
80ml double cream/whipping cream (kalau nak ade kuah, tambahkan lg)
1 sudu kecil sebuk lada hitam - lebihkan pon bole
garam secukup rasa
1/2 sudu besar dry parsley/fresh parsley
2 biji cendawan butang - dihiris
parmesan cheese - secukupnya
hirisan daging ayam/seafood
minyak zaitun
air untuk merebus

CARA CARA

1. Rebuskan spaghetti sehingga masak (ikot arahan package) didalam air berserta minyak zaitun dan sedikit garam . Toskan dan sejukkan spaghetti guna air paip untuk hentikan drpd terus masak. ketepikan.
2. Didalam mangkuk, pukul telur bersama cream, lada hitam, dan garam. ketepikan.
3. Didalam periuk, panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang besar dan putih sehingga naik bau. Masukkan hirisan ayam/seafood dan gaul sebati. Masukkan cendawan butang. Biarkan seketika. Kemudian, masukkan spaghetti dan gaul sebati. Tutup api dan masukkan bancuhan cream tadi. Gaul bersama parsley, parmesan cheese dan sedikit minyak zaitun.
Siap dihidang!

ENJOY!

1 comment:

Lily Asrari said...

minyak zaitun di gantikan dgn minyak masak biasa buley ke?