Thursday, June 28, 2012

Resepi 97 : Bread Apple Butter Pudding


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Teringin sgt nak makan puding roti.
Belek punya belek blog masakan kawan2,
terjumpa pulak satu resepi yg aku tak penah try.
Sebelum ni penah jugak buat bread puding,
tapi, yg biasa2 ja.


Aku dapat resepi from Bisous A Toi.
Memang tersangat2 sedap.
Korang pon patut try resepi nih.
Aku rasa resepi asal guna bekas yg besar.
Sebab bahan yg digunakan macam agak bnyk.
Tapi bekas aku kecil ja.
So, aku ubah lah ikot kesesuaian

alamak, ice cream cair pula!

BAHAN BAHAN
(18 cm)

8 keping roti -  dipotong 9 bahagian setiap keping
350ml susu segar
200ml heavy cream/whipping cream
75g gula kastor
3 biji telur
raisins secukupnya
1 biji epal fuji - dikupas dan dihiris (aku guna 1/2 biji ja)
60g butter (unsalted) - dipotong kecil (yg sejuk)
1 sudu kecil vanilla essence

CARA CARA

1. Panaskan oven 170c
2. Didalam saucepan, suamkan susu dan cream beserta vanilla essence. Jangan didihkan ataupon simmer kan. Cukup sekadar suam. 
3. Pukul telur dan gula sehingga gula larut. Ketepikan.
4. Didalam loyang/bekas kaca, susun separuh potongan roti sebagai dasar puding. Kemudian, susunkan epal, raisins dan butter diatasnya. Seletah itu, tutup bahagian atas dengan lebihan roti tadi.
5. Tuangkan adunan telur dan susu tadi diatas roti. Tuang sekata. Kemudian, rehatkan selama 15 minit untuk roti serap susu tersebut.
6. Bakar didalam oven guna kaedah double boiler selama 45-50 minit. (sy bakar dalam 47 minit). Bergantung pada oven. 
7. Biarkan sejuk seketika barulah dihidang. Enak dimakan bersama ice cream kegemaran!

ENJOY!

8 comments:

Syakir Rahman said...

pergh...terliur.. puding roti 1st time dgr...nmpk mcm sedap..

i'mNOTmasterchef said...

owh. yeke.
tapi nilah dessert yg senang nk buat.
hihi.
:)

Ummi Anie said...

alahai...dik ooiii....rajinnya meng'cooking'...letih akak tengok.jenuh dah paksa mood cooking ni,tapi dia lari lak....bagi akak sikit mood tu dik...hihihi...

i'mNOTmasterchef said...

ok2, sy pos kan mood sy kat akak, hahahaha

Abby Abdul Rahman said...

Eemm,nice.

Abby Abdul Rahman said...

Eemm,nice.

izzati said...

whipped cream yg dlm kotak or
bekas tin yg selalu org letak atas kek tu?

A.B.M said...

izzati,
yg dlm kotak. yg still dlm bentuk cecair.
tp lau xde, boleh juga gunakan susu cair dlm tin.