Wednesday, June 27, 2012

Resepi 96 : Ayam Goreng Berempah Simple


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Alhamdulillah, tadi dah abes jugak exam
untuk midsem.
Last PAYYYPERR subjek calculus.
Nasib baek cikgu tu baek.
Kuarkan soalan yg boleh dijawab.
Lau tak, tak cukup masa 80 minit tu
nak jawab exam.
hihi


Okeylah. Balik2 kelas je aku terus buat resepi nih.
Asyik tertangguh je nak buat.
Padahal mudah je.
Aku dapat resepi ni dari fanpage Mai.I.Share
Yang uniknya, tuan punya fanpage tu
update resepi kat facebook je.
Tak terpikir lak.
hihi.
Tapi i like blog more sebab lagi nmpak kemas la kan
tu just my opinion lah.
Masing2 ade taste masing2 kan.

Actually untuk resepi yg aku akan tulis jap lagi
resepi untuk portion family meal.
Memang original resepi yg aku rujuk tu.
Tapi, aku buat untuk aku sorang je.
So, lau nak buat sikit,
pepandai la ubah ye.


BAHAN BAHAN
(untuk 1 ekor ayam)

1 ekor ayam
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
daun kari secukupnya (aku ganti ngn serbuk kari sikit)
minyak untuk menggoreng

bahan kisar
4 batang serai
2 inci halia
3 sudu besar biji ketumbar
3 sudu besar jintan manis
1 mangkuk kecil cili kering (aku rebus sekejap)
sedikit air

CARA CARA

1. Potong ayam ikot saiz yg disukai. Bersihkan dan masukkan kedalam mangkuk besar.
2. Masukkan kesemua bahan2 kisar dan bahan2 lain kecuali minyak. Perapkan ayam paling cepat 1 jam. Kalau nak lagi sedap, perap semalaman.
3. Gorengkan ayam sehingga garing. Toskan dan boleh dihidang!


ENJOY!


3 comments:

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

folo sini dari blog asmara (^___^)

i'mNOTmasterchef said...

thanks, ^^

NINA FARHANA said...

Jalanjaln cari resepi ayam berempah. Sedapnyaaa tp xpernah jadi sama macam kt kedai kalau buatt hehe😁

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1