Resepi 95 : Chicken balls Spaghetti


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Menu hari ni aku buat simple je.
Tapi sgt berbaloi.
Sedap!


Resepi nih aku dapat from Dapur Malaysia.
Tapi resepi asal guna beef.
Tapi aku guna daging ayam.
hihi
Takde minced beef lah.

Memandangkan esok aku ade exam,
malas lah nak tulis bebanyak.
Jom tengok resepi yg digunakan.


BAHAN BAHAN
(3-4 orang)

Chicken balls
400g daging ayam cincang
1 biji ubi kentang (kalau kecik, guna 2 biji) - direbus
1 biji telur
1/2 biji bawang besar/holland - dihiris dadu kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan bread crumbs

Sos Spaghetti
3/4 biji bawang besar/holland - dihiris dadu kecil
3 ulas bawang putih
2 biji tomato - dihiris (aku x letak)
250g (1 tin) tomato cut
150g sos tomato (resepi asal guna 250)
1 kiub pati ayam
1 sudu besar oregano kering/fresh
1 sudu kecil lada sulah
garam dan gula secukup rasa
sedikit air (jika perlu)

Pasta
Spaghetti secukupnya (dalam 400-500g)
Air untuk rebus spaghetti
garam dan minyak zaitun

Tambahan
Parmesan cheese (apa2 cheese yg suka)
Fresh Parsley

CARA CARA

Chicken balls
1. Masukkan ayam cincang didalam mangkuk. Gaul bersama bawang besar, serbuk lada hitam dan garam. Kemudian, masukkan pula telur dan ubi kentang yg dilenyek. Gaul sebati. Masukkan pula tepung gandum dan bread crumbs. Gaul sebati.
2. Panaskan minyak untuk gorengkan chicken balls. Pastikan minyak kene banyak untuk deep fry. Gunakan 2 batang sudu untuk bentukkan meatballs jadi bulat (guna tangan pon bole). Pastu goreng sehingga garing. Buat sampai habis dan toskan.

Sos Spaghetti
1. Didalam periuk, masukkan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan satu tin tomato cut dan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan sekali hirisan tomato (kalau letak). Biarkan seketika.
2. Masukkan pati ayam, lada sulah, oregano. Kacau sebati. Kemudian, jika agak kering, masukkan sedikit air. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan seketika. Jika rasa sudah ok, masukkan chicken balls yg digoreng tadi kedalam periuk. Gaul sebati bersama sos spaghetti. Biarkan seketika. Jika rasa semua sudah ok, tutup api dan ketepikan.

Pasta
1. Rebus spaghetti ikot arahan dibelakang bungkusan. Kalau ikot spaghetti yg aku guna, rebus dalam masa 7 minit je. Didalam periuk, didihkan air. Masukkan juga kedalamnya garam dan minyak zaitun. Rebus sehingga spaghetti masak dan toskan. 
2. Selepas spaghetti ditos, jirus spaghetti dengan air sejuk/paip untuk menghentikan prosess daripada spaghetti terus masak. Lau tak, nnt jadi lembik. Bila dah jirus semua, gaul dengan minyak zaitun sedikit.
Bolehlah dihidang dengn parmesan cheese! Daun parsley sebagai hiasan.

ENJOY!

Comments

Popular Posts