Monday, June 25, 2012

Resepi 94 : Chocolate crust tart with Blueberry and Cheese filling


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Firstly nak ucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat
Illahi kerana Mesir sekarang sudah ada pemimpin yang baru
iaitu, Dr Muhamad Morsi.
Semoga dengan kehadiran beliau sebagai pemimpin dapatlah
menyinari lagi syiar islam bukan sahaja di Mesir
bahkan di seluruh dunia.
Dan semoga juga sistem Khalifah dapat diwujudkan semula
selepas dibubarkan oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab.


Baiklah, hari ni aku buat menu nih
Memang senang. Mudah dan Simple!
Dan yang paling penting sedap.
Actually, aku punya tart nampak buruk sgt sebab
filling cheesenya tertumpah kat tepi2 crust tu.
T.T
Sobsobsob!


Walaupon rupa sangat mengecewakan,
tapi, rasa tetap superb!
Ku seru kawan2 ku semua,
silalah buat tart nih.
hihi

Untuk resepi crust tart, aku ambil dari Laura Vitale nye resepi
dan aku juga rujuk kat JoyOfBaking.
Dan untuk filling pon, aku rujuk from JoyOfBaking.


BAHAN BAHAN
20cm

Chocolate Crust
1 1/2 cawan tepung gandum
5 sudu besar butter (unsalted) - yg disejukkan dan dipotong kiub
1/4 cawan shortening sayuran - yg disejukkan dan dipotong kiub
secubit garam (kalau guna salted butter xyah letak)
3-4 sudu air sejuk
35g gula icing
2 sudu besar serbuk koko

Filling
150g blueberry jam
125g cream cheese - dilembutkan
100g gula kastor
2 biji telur
160ml heavy cream/whipping cream
1/2 sudu kecil vanilla extract
1 sudu kecil lemon juice

CARA CARA

Chocolate Crust
1. Didalam food processor (boleh juga guna tangan), masukkan tepung dan garam. Kisar sebati. Kemudian, masukkan serbuk koko dan gula icing. Kisarkan sebati.
2. Masukkan pula shortening dan butter. Kisarkan sebati. Kemudian, masukkan air. Pastikan masukkan 1 sudu dan kisar. Kemudian, masukkan 1 sudu air lagi. Agak2 tepung dah berbentuk crumble, tuang diatas meja kerja dan satukan tepung2 tersebut menjadi satu doh. Wrapkan dan rehatkan doh didalam peti ais selama 15 minit.

P/S: Pastikan doh tersebut jgn lembik or sticky ya! 

Filling
1. Sementara tunggu 15 minit utk doh tersebut, boleh sediakan filling. Didalam mangkuk, putarkan cream cheese sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula dan putar sebati.
2. Masukkan telur satu biji telur dan putarkan sebati. Masukkan lagi 1 biji telur dan putar sebati. Kemudian, masukkan pula whipping cream/heavy cream dan putar sebati. Setelah itu, masukkan vanilla extrat dan lemon juice. Putar sebati.

Penyediaan
1. Panaskan oven 220c.
2. Ambil doh dalam peti ais, dan uli kan doh tersebut. Pastikan uli doh tersebut beberapa kali supaya doh tersebut kental. Taburkan sedikit tepung di meja uli sebelum uli doh. 
3. Angkat doh tart dan letakkan diatas loyang tart. Tekan-tekan kan dibahagian tepi dan cucukkan permukaan doh tart dengan garfu. Lapik dengan aluminium foil diatas doh dan letakkan pemberat diatasnya. Boleh guna pemberat khas untuk tart ataupon boleh juga guna kekacang or beras.
4. Bakar didalam oven selama 15 minit.
5. Seletah 15 minit, keluarkan dari oven dan letakkan didasarnya dengan blueberry jam. Ratakan. Kemudian, tuangkan filling cheese tersebut diatasnya.
6. untuk bakar bahagian filling ni, turunkan suhu kepada 170c dan bakar selama 30-35 minit.
7. Setelah itu, masukkan tart didalam peti ais untuk filling tersebut betul2 mengeras. Lebih kurang 2 jam. Barulah bole dipotong!
SIAP!

ENJOY!!


4 comments:

Cheq Sue said...

wah...tergoda betul tengok tart ni, nanti ada masa nak cubalah...

i'mNOTmasterchef said...

memang kene cuba cheq sue. gerenti puas hati. hihi

Anonymous said...

maaf bertanya shortening sayuran tu ape ye? mana boleh dpt?

A.B.M said...

shortening sayuran ni ada dijual di supermarket. Ianya seperti mentega tetapi berwarna putih. :)