Resepi 92 : Apple Crumble with Vanilla Ice cream.


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Apa khabar semua?
Sehat2 tak?
Hopefully sihat2 belaka ye.

Kat sini dah masuk musim panas dah.
Tapi panasnye lagi panas berbanding malaysia.
Ada sesetengah tempat tu sampai cecah 40c!
Ya ampunn. Panas weh!
Tahun lepas kat tempat sini just 36c-37c camtu kot.
Dah la time tu puasa kan.
Memang mencabar betul.


Okeylah. Hari ni aku buat apple crumble.
Salah satu menu idaman aku yang aku nak buat
Akhirnya buat jugak!


Aku refer dari resepi Potret Kasih.
Tapi, ade bahan2 yang aku tak ada tu.
Tapi aku ubah la letak apa yang ada.
Maklumlah, aku ni kan suke ubah resepi orang.
 Ayat che mat "menderhakakan" resepi orang.
hihi
Tapi, apa salahnya kita buat kelainan kan.
Ikot selera masing2 lah.
Yang aku akan tulis ni bahan2 yang aku guna
berasaskan resepi dari blog potret kasih.


BAHAN BAHAN
18cm

Bahan A
2 biji apple fuji (450g)
2 sudu besar kismis - ikot sukalah nk banyak mana
2 sudu besar gula perang - ikot tahap kemanisan yg anda suka
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis - lau x suka boleh kurangkan
1 sudu butter

crumble
4 sudu besar butter - yang disejukkan 
1/3 cawan gula perang - nk kurangkn sikit pon bole sbb cornflakes da manis
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan cornflakes

tambahan
Vanilla ice cream

CARA CARA

1. Kupas epal dan hiriskan epal tersebut dengan ketebalan 0.5-1 cm. Kemudian, didalam periuk, masukkan kesemua bahan A kecuali kismis. Masakkan seketika sehingga epal tersebut keluarkan jusnya. Kemudian, masukkan kedalam loyang. Setelah itu, ditabur dengan kismis.
2. Untuk crumble, pastikan butter tu sejuk. Jangan yg cair ok! Masukkan kesemua bahan kedalam food processor ataupon andan boleh gaul sendiri dengan tangan sehingga berkeadaan seperti pasir/crumble. Taburkan diatas apple tersebut.
3. Dengan oven bersuhu 180c, bakar apple crumble selama 30-35 minit. Aku bakar dalam 32 minit. Bergantung pada oven ya. 
4. Boleh lah dihidang dengan ice cream vanilla!

ENJOY!!

Comments

Popular Posts