Friday, June 22, 2012

Resepi 91 : Cadbury Chocolate Cake


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni teringin nak makan coklat.
Selongkar punya selongkar kat dapur tu,
adelah jumpe 1 bekas serbuk Cadbury Hot Chocolate Drink.
Terus pikir nak buat kek nih.

Berbekalkan resepi2 kek yang ade kat dalam blog aku nih,
aku pon try buat kek nih.
Actually ni berani mati nye resepi lah.
Main letak sana, ikot resepi sini.
Fuh, akhirnya jadilah kek ni.


Jangan tanya kenapa aku hias kek aku sebegitu rupa.
HAHAHAHA
Mungkin aku kene namakan hiasan atas kek tu
"Lakaran Jiwa Kacau"
LOL
But, rasa kek ni tak mengecewakan.
Enak dimakan.
Kalau tak caya, cubalah!
hihi


BAHAN BAHAN
18cm

Bahan A
120g tepung kek-diayak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat-diayak
1/2 sudu kecil baking powder-diayak
3 biji kuning telur
25g gula kastor (lau nak manis lagi, bole tambah. ikot citarasa)
50ml minyak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

Bahan B
70g serbuk cadbury hot chocolate drink (ade disupermarket)
120ml susu segar - dipanaskan

Bahan C
3 biji putih telur
25g gula kastor
1 sudu kecil cream of tartar/jus lemon

Chocolate syrup
2 sudu besar serbuk cadbury hot chocolate drink
4 sudu besar air panas

Frosting
200ml whipping cream
25g gula kastor
1 sudu kecil pewarna/perasa coklat

CARA CARA

1. Panaskan oven 170c.
2. Satukan kesemua bahan2 A dan gunakan wire whisk dan gaul sebati. Kemudian, campurkan bahan B sehingga sebati. Tuangkan kedalam adunan bahan A tadi. Whisk kan sehingga sebati. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, putarkan putib telur sehingga berbuih. Kemudian, masukkan jus lemon dan gula. Putarkan sehingga stiff peak (putih telur tak tumpah bila diterbalikkan).
4. Ambil setengah putih telur dan masukkan kedalam adunan coklat tadi. Gaul guna spatula dengan kaedah kaup balik. Kemudian, masukkan adunan coklat kedalam lebihan putih telur tadi. Kaup balik sehingga sebati. Jangan terlebih gaul ya!
5. Bakar didalam oven selama 45-50 minit. Bergantung pada oven masing2. Bila dah masak sejukkan diatas redai sebelum dipotong 2.
6. Jika dah sejuk, potong kek 2 bahagian.
7. Satukan bahan2 Chocolate syrup. Sapukan dibahagian kek yang dipotong tadi dengan chocolate syrup.
8. Putarkan bahan2 untuk frosting sehingga kental (soft peak). Sapukan diatas bahagian kek. Kemudian, lapik dengan kek satu lagi. Cover keseluruhan kek dengan frosting. Simpan didalam peti ais sebelum dihidang. Makan bila kek sejuk lagi sedap!

ENJOY!

No comments: