Thursday, June 21, 2012

Resepi 90 : Chicken Chop with Coleslaw and Fries


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni mood nak makan western sikit.
Dah pernah buat chicken chop sebelum ni.
Tapi tak berkesempatan nak kongsi resepi


Untuk resepi chicken chop,
aku ikot dari blog resepi potret kasih.
Memang sedap.
Dah lebih 2 kali jugak aku try guna resepi nih.
hihi

Bagi resepi coleslaw,
aku baru first time ikot resepi yani kat my resepi
Not bad. Memang sedap!

Thanks ya for the recipe!
And untuk chicken chop yg aku akan tulis jap lagi,
aku cume ubah kuantitinya ja.
Tapi, untuk coleslaw, aku ikot ape resepi tu nak.
Sebab buat banyak pon takpe
Sebab aku suke gile kot coleslaw! hihi


BAHAN BAHAN

Chicken Chop (2-3 orang)
2 helai chicken legs boneless - dipotong dua dan dibuang kulit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil lemon juice
1/2 inci halia - dicincang halus
1 sudu kecil serbuk ayam
1 sudu kecil madu - aku tambah


Brown Sauce
1/2 biji bawang holland/besar
1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum/jagung
500ml air
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 kiub ayam/serbuk ayam
secubit garam


Coleslaw
1/4 biji kobes - dihiris halus
1 cawan mix vege - nak lebih pon bole
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream/plain yogurt
2 sudu kecil gula
secubit garam
1 sudu besar lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar - didadu kecil

Tambahan
Fries yang dah digoreng

CARA CARA

Chicken Chop
1. Satukan semua bahan2 kedalam mangkuk. Gaul sebati. Kemudian, perapkan didalam peti ais selama beberapa jam atau semalaman.
2. Untuk gril, sapukan sedikit minyak diatas pan/grill pan, grill kan sehingga garing dan daging ayamnya masak.

Brown sauce
1. Panaskan mentega didalam saucepan dan tumiskan bawang besar sehingga layu, Kemudian, campurkan tepung didalam air. Pastikan tiada ketulan. Setelah itu, masukkan bancuhan tersebut kedalam saucepan tadi.
2. Masukkan bahan2 lain tadi kedalam sauce pan. Kacau sehingga sos tersebut pekat. Jika dah ok, matikan api.

Coleslaw.
1. Satukan semua bahan2 kedalam mangkuk. Gaul sebati. Kemudian, simpan didalam peti ais. Bila nak makan, baru keluarkan.

Siap dihidang bersama-sama fries!

ENJOY!





1 comment:

bali tour said...

This sounds good
Thank you for the recipe :)