Wednesday, June 20, 2012

Resepi 89 : Traditional Dorayaki


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni aku buat kuih kegemaran DOREMON!
Sape yang tak kenal doremon ni
aku rase dia xde sejarah zaman kanak2.
hikhik


Memang mudah resepi nye.
Makanan yg dy buat sume kiut2.
And senang jugak nak diikut.


Sesape yang nak cuba kuih kegemaran doremon ni
try lah.!
Actually aku buat yg tradisi nye.
Pakai inti red bean paste.
Tapi, sekarang ni dah macam2 orng letak dalam tu.
So, gunakan kretiviti anda
untuk letak apa2 inti yg disukai.


BAHAN BAHAN
(3-4 sandwiches dorayaki) 

100g tepung kek/tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu kecil baking soda
50g gula
1 sudu besar madu
2 sudu kecil air
minyak untuk griskan pan.
red bean paste secukupnya (apa2 inti pon bole)

CARA CARA

1. Pukul seketika 2 biji telur didalam mangkuk. Kemudian, masukkan gula. Pukul sebati.
2. Masukkan madu dan pukul sebati. Satukan tepung dan baking soda. Kemudian, ayakkan kedalam mangkuk berisi adunan tadi.
3. Masukkan sedikit air dan pukul sebati. Wrap dan rehatkan adunan didalam peti ais selama 30 minit.
4. Didalam pan (dasar leper), griskan sedikit minyak. Dengan api yang kecil, sudukan 2 sudu besar adunan kedalam kuali. Bila dipermukaannya terdapat bubbles, terbalikkan dan biarkan seketika sehingga agak keperangan. Angkat. Ulang step ni sehingga habis adunan.
5. Kemudian, sudukan red bean paste diatas kepingan dorayaki dan sandwich kan. Kemudian, tekankan sedikit side dorayaki tersebut untuk lekatkannya. Buat sehingga habis.
Jika nak simpan, pastikan simpan didalam bekas kedap udara untuk keep them moist. 

p/s: Jika api terlalu kuat atau sederhana kuat, permukaan dorayaki tak cantik. Jika nak smooth je permukaan tu, guna api yg KECIL ya!

ENJOY!

3 comments:

faa.rosli said...

dah lama cari resepi ni. tenks sharing. mintak izin copy nak masuk dlm list.

faa.rosli said...

dah try n sangat sedap. jemput singgah..hhehehe

http://faafeefoo.blogspot.com/2013/02/dorayaki.html

Baru nk belajar >w said...

salam, nk tanya o/
klau x letak madu apa effect kat dorayaki nnti? sankyu ^^"