Tuesday, June 19, 2012

Resepi 88 : Pita Pizza with Minced Chicken Filling


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni sebenarnye niat nak buat roti pita
pastu ade filling dalam tu mcm biasa.
ternampak ade satu video tu dy buat resepi pita pizza.
Terus ade idea nak buat menu nih.


Bahan2 nye pon senang.
Dengan hanya 20 minit
boleh siap menu nih.


BAHAN BAHAN
(2 hidangan)

2 keping roti pita (saiz 6 inci) - jangan belah 2
250g sos pasta ready made
200g ayam cincang
1 mangkuk kecil mix vege
2 batang sosej - dihiris
sedikit hirisan fishcake
garam
serbuk lada hitam
1 sudu kecil basil kering
mozzarella cheese secukupnya - (apa2 cheese kegemaran pon bole)
sedikit olive oil

CARA CARA

1. Panaskan oven 200c.
2. Untuk filling, didalam kuali berisi sedikit olive oil, masukkan daging ayam cincang. Goreng sehingga daging bertukar warna putih. Masukkan mix vege. Gaul rata. KEmudian, perasakan dengan garam, lada hitam dan basil kering. Biarkan seketika dan tutup api;. Pastikan filling dalam keadaan kering.
3. Diatas roti pita, letakkan beberapa sudu sos pasta. Ratakan. Kemudian, letakkan filling daging ayam cincang diatasnya. Ratakan. Setelah itu, letakkan hirisan sosej dan fishcake diatasnya.
4. Akhir sekali, letakkan hirisan mozzarella cheese secukupnya. Buat kaedah yang sama bagi roti pita yang kedua. Bakar dalam oven selama 10 minit. Siap dan boleh dihidang!

ENJOY!!

No comments: