Monday, June 18, 2012

Resepi 87 : No-Baked Mango Cheesecake


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Semalam tengah belek2 blog,
ternampak che mat gebu update pasal resepi
ciskek nih.
Kebetulan, semalam jugak aku beli 
krim cheese.
Terus ari ni nak buat mango ciskek nih.
Tergoda dengan mango ciskek che mat gebu weh!
hihi


Aku xdelah buat banyak perubahan dengan resepi asal.
Cuma aku buat dalam loyang 18cm dan aku guna biskut lain.
Ade lah beberapa bende lagi yg aku kurangkan.
Macam mango tu, aku beli 1 je mango segar.
Maklumlah, mango kat sini mahal bebeno.
Okeylah, jom tengok bahan apa yg aku guna.



BAHAN BAHAN
18cm

base
40 keping biskut ritz 
50g butter - dicairkan
1 genggam kepingan badam - yg digoreng tanpa minyak

mango cheesecake
200g creamcheese - dilembutkan
60g gula kastor
1 biji buah mangga - dikisar menjadi puree
beberapa hirisan dadu buah mangga dalam tin - untuk hiasan
1 1/2 sudu besar gelatin halal
110ml air panas@suam
200ml whipping cream
1/2 sudu kecil perasa mangga @ mango extract - optional


CARA CARA

base
1. Setelah biskut dan badam yg digoreng perang dikisar didalam food processor, masukkan butter yg dicairkan. Gaul sebati kemudian, letakkan didalam loyang 18cm (yg boleh ditanggalkan). Tekankan biskut tersebut sehingga mampat dan rata. 
2. Letakkan didalam peti ais sementara membuat cheesecake nya.

mango cheesecake
1. Didalam mangkuk, masukkan creamcheese dan gula. Putarkan sebati. Kemudian, masukkan puree mango  dan mango extract kedalam adunan. Putarkan sebati. Ketepikan.
2. Didalam mangkuk kecil, masukkan gelatin dan air panas. Kacau rata sehingga gelatin larut.
3. Sementara tunggu gelatin larut, didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream sehingga gebu dan kental. Jika diterbalikkan mangkuk, cream tak tumpah. Jangan terlebih putar nanti cream bertukar semula menjadi cecair. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk berisi creamcheese tadi. Kaup balik dengan sebati.
4. Kemudian, jika gelatin tersebut sudah sejuk seketika, masukkan kedalam adunan dan gaul sebati. Setelah itu, masukkan kedalam loyang yg ade base biskut tadi. Ratakan dan simpan didalam peti ais sehingga kek membeku. Lebih kurang 3-4 jam. Bila dah siap, bolehlah dihias dengan potongan mango dalam tin  tu kat atas cheesecake nih. hihi.

(che mat ade letak hirisan mango didalam cheesecake. tapi saya tak letak. Mango terhad. hihi)

Tips dari Che Matgebu: Untuk keluarkan kek dari loyang, basahkan kain bersih dengan air panas. Kemudian, tekap dibahagian luar loyang. InsyaAllah senanglah nak kluarkan kek tersebut. Jika ada bahagian tepi kek yang tak cantik, boleh layurkan pisau diatas api, kemudian, ratakan menggunakan pisau tersebut.

ENJOY!





5 comments:

Mat Gebu said...

Ya Allah.....cobaaannnn... ^___^

i'mNOTmasterchef said...

Sgt cobaan che mat! Tengs sekali lagi for the recipe!! :) hihihi

dapurCikWan said...

samela kita arini...cuma cikwan toppingkan dengan jelly mango. ;))

i'mNOTmasterchef said...

wahh! creative! topping with pudding! :) mesti sedapp!

Nina Farhana SuperStar Shaklee said...

Sedapnyaaa.. esk nk buat untuk jamuann harap2 menjadi lerr hiks. Tq sudi share resepi ��