Sunday, June 17, 2012

Resepi 86 : Ayam masak Kicap "cowboy"


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni aku masak menu simple gile.
Memang malas sgt nak masak hari ni.
Nak makan kat luar pulak duet xde sgt.
So, kene lah jimat2 sikit kan.

Aku pon xde sgt mood nak menaip.
So, lau korang nak buat menu nih,
tgk2 lah resepi kat sini.


BAHAN BAHAN
(3-4 orang)

Ayam secukupnya.
2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 biji bawang besar - dihiris
1/2 inci halia - diketuk
4 biji lada hijau (apa2 lada pon bole) - dihiris
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
kicap manis secukupnya
air secukupnya

CARA CARA

1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Angkat dan toskan.
2. Didalam kuali yg berisi sedikit minyak, tumiskan separuh bawang besar,bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan, ayam yg digoreng tadi. Masukkan pula sos tiram dan sos cili. Gaul seketika bersama ayam tersebut. 
4. Masukkan kicap dan sedikit air. Masukkan pula lebihan bawang besar tadi dan cili hijau yg dihiris. Gaul sebati dan biarkan seketika. Bila rasa dah ok, matikan api. Siap!

ENJOY!


No comments: