Resepi 83 : Roti Jala dengan Kari Ayam


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Aku sgt tergoda tengok roti jala che mat gebu buat!
Terus nak buat hari nih.
Tapi che mat buat dengan kuah durian.
Aku pulak cicah dengan kari ayam.
Tengs che mat bagi idea nak masak.
hihihi


Bahan2 pon dah siap sedia kat dapur,
Jom kite buat roti jala!
(padahal aku dah siap makan pon. hihi)


BAHAN BAHAN
(2-3 orang)


Kari ayam
500g ayam
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
1 kuntum bunga lawang
1batang kayu manis
3 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
250ml santan pekat
Air secukupnya
3 biji kentang - dipotong dadu
minyak
garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping

dikisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia



Roti Jala
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar
2-3 titik pewarna kuning
3 sudu besar mentega (cairkan)
1 biji telur
Garam secukup rasa



CARA CARA

kari ayam
1. Didalam kuali berisi minyak yg panas, masukkan bunga lawang, cengkih,kayu manis, buah pelaga. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan2 kisar, cili kisar, serbuk kunyit dan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan ayam dan kentang. Biarkan sehingga ayam sedikit kecut. Selepas itu, masukkan santan dan air.
3. Setelah itu, masukkan garam, gula dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih dan kentang lembut. Setelah semua ok, matikan api.

roti jala
1. Satukan kesemua bahan2 tersebut dan pukul sebati. Didalam kuali panas yg digris dengan sedikit minyak, tuangkan adunan menggunakan bekas yg sesuai untuk buat roti jala. Biarkan beberapa ketika sehingga adunan kering dikuali. Lipat dan angkat. Ulang sampai adunan habis
2. Boleh dihidang dengan kari ayam tadi.

ENJOY!

Comments

gulai said…
hmm sedap bener nih masakan dari ayam,, jadi laper :)
madeeha said…
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=349602315148170&set=a.349578815150520.76390.328727150569020&type=3&src=http%3A%2F%2Fsphotos-f.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F76076_349602315148170_1280270982_n.jpg&size=412%2C206


tolong like gmbr ni tq

Popular Posts