Monday, June 11, 2012

Resepi 82 : Melting Moments Biscuits


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Selamat bertemu kembali kat dapur ABM.
Kepala agak pening sikit la.
Bnyk sgt masalah timbul.
So, nak ceriakan hati ni
Try la buat biskut nih.

Biskut ni aku dapat from Masterchef Australia Season 4.
Nama contestant yg buat biskut ni Julia.
Aku suka cara dy buat dessert.
Memang nampak sedap2.
So, try lah resepi dy nih.


Tapi untuk resepi biskut je aku follow.
Untuk filling, aku buat filling aku sendiri.
Sbb takde bahan yg mencukupi utk buat filling yg
dy buat tuh.
hihi

Julia buat dalam portion yg besar.
So, aku nak senang makan,
aku buat dalam bite size.
Sebab tu aku dapat 10 pasang biskut.


BAHAN BAHAN
(10 sandwiched biscuits-small)

biskut
180g butter
60g gula icing
60g tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
180g tepung gandum - diayak bersama baking powder

chocolate ganache 
110g coklat
70ml cream (aku guna whipping cream)

cream cheese frosting
100ml whipping cream
20g gula halus
40g cream cheese

CARA CARA

biskut
1. panaskan oven 180c.
2. Didalam mangkuk, pukul butter sehingga pucat (lebih kurang 2 minit). Kemudian, masukkan tepung kastard dan gula icing. Pukul sebati.
3. Setelah itu, masukkan pula tepung gandum yg diayak bersama baking powder kedalam adunan. Pukul sebati (akan membentuk doh).
4. Kemudian, bentukkan bulat2 kecil dan letakkan diatas dulang yg hendak dimasukkan kedalam oven. Kemudian, tekan doh yg bulat2 kecil tersebut dengan garfu. Setelah selesai, masakkan selama 16-18 minit. Bila dah siap, biarkan sehingga sejuk sepenuhnya.

chocolate ganache
1. Masukkan kedalam mangkuk besi. Kemudian, letakkan didalam microwave sela beberapa saat (lebih kurang 30 saat) dan keluarkan. Whisk kan sehingga larut dan sebati. Ketepikan.

cream cheese frosting
1. Pukul whipping cream dan gula sehingga hampir kental. Kemudian, masukkan cream cheese dan putarkan sehingga kental sepenuhnya. Masukkan  frosting kedalam piping bag.

penyediaan
1. Sapukan biskut dengan coklat (kalau dapat 20 biji, sapukan 10 sahaja). Kemudian, biarkan 3-5 minit. Kemudian, picitkan cream cheese frosting diatas lapisan coklat tersebut. Kemudian, sandwich kan biskut tersebut. Buat sampai habis.
Enak dimakan semasa tea time!

ENJOY!

4 comments:

ciksuehaoi™ said...

this is sooooo cute beb!

i'mNOTmasterchef said...

hihi., secute tuannya. LOL

Syakir Rahman said...

hihihi...tgok dr jauh mcm beger betul ^_^

i'mNOTmasterchef said...

hahaha. ala2 bege biskut. :P