Saturday, June 9, 2012

Resepi 81 : Hokkaido Chiffon Cupcakes


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Sedar tak sedar hari ni dah hari sabtu eh.
Cepatnya masa berlalu.

Okeylah, hari ni aku buat cupcake ni.
Actually, aku tak tahu lah kenapa nama cuppies ni
Hokkaido.
Hokkaido ni setahu aku tempat kat Jepun nih.
Tapi tak pasti la kalau cupcake ni
bermula kat sana.


Tapi, apa2 pon, memang sedap.
Aku buat resepi ni ikot dari resepi MamaFami
Kalau korang ikot resepi nih, xde la dapat banyak mana.
Ni macam resepi percubaan lah.
Aku just dapat 8 cups je.
Tapi, ok lah.
Memang menjadi.
Dan sedap!
Aku cuma ikot resepi cake je.
Untuk filling, aku cuma buat
simple cream cheese frosting.


BAHAN BAHAN
(8 cups)

Bahan A
2 biji kuning telur
secubit garam
20g minyak jagung (aku guna minyak sayuran)
20g fresh milk
1/2 sudu kecil vanilla essence
25g tepung kek - diayak

Bahan B
2 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar (aku guna 1/2 sudu kecil jus lemon)
40g gula

Cream cheese frosting
80ml whipping cream
50g cream cheese - dilembutkan
25g gula

CARA CARA

1. Panaskan oven 170c
2. Didalam mangkuk, pukul kuning telur bersama garam sehingga pucat dan berkrim. Setelah itu, masukkan minyak, susu dan vanilla essence. Pukul sebati. Kemudian, masukkan tepung kek yg diayak kedalam adunan. Pukul sehingga sebati. Ketepikan
3. Didalam mangkuk lain, masukkan putih telur. Pukul sehingga berbuih. Kemudian, masukkan jus lemon/cream of tartar. Pukul lagi. Kemudian, masukkan gula. Pukul sehingga kental.
4. Masukkan separuh bahan (3) tadi kedalam bahan (2). Gunakan spatula dan kaup balik adunan. Jangan terlalu menggaul. Kemudian, masukkan bahan2 yg dikaup balik itu kedalam pukulan putih telur yg berbaki tadi. Kaup balikkan sehingga sebati.
5. Masukkan kedalam cup dan bakar sehingga 20 minit.
6. Jika dah masak, terbalikkan cupcakes tersebut. Jangan takut jika cupcake mendak sebabnya kita nak masukkan frosting kedalam cupcakes.

Cream cheese frosting.
1. Didalam mangkuk besi yg dibawahnya diletakkan air sejuk/ais, masukkan whipping cream. Pukul sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga kental. Setelah itu, masukkan cream cheese dan pukul sebati.

Penyediaan.
1. Masukkan frosting kedalam piping bag. Kemudian, cucukkan nozzle kedalam cupcakes tadi. Picitkan kedalam cupcake yg mendak tadi sehingga berkeadaan  naik sedikit. Setelah itu, keluarkan perlahan2 nozzle tersebut sambil dipicitkan sedikit demi sedikit diluar cupcakes. 
2. Boleh juga diletakkan buah ceri ataupon buah2 yg disukai diatas cupcakes. 

ENJOY!

4 comments:

MamaFaMi said...

Memang sedap kan kek ni. Mama makan tanpa krim je. Anak dara mama yang beriya makan dengan krim bagai. Tapi tu la, nak ikutkan, krim tu kena jolok masuk kek, tapi mama cuba buat hari tu, sememeh jadinya.. tu yang main pancit kat atas je... hehehe...

i'mNOTmasterchef said...

Memang sgt sedap lah mama!
Sebelum ni penah la cari gak resepi nih.
Tapi bnyk gune telur sgt.
So, tup2 mama buat cupcake nih.
Guna bahan simple pulak tu.
Terus terasa nak buat.
Tapi, tulah.
Guna cream buat sendiri je.
Tak ikot resepi krim kat blog mama tu.
hihi.
Memang terbaik lah cupcakes nih!
^^

mummy Ayda said...

mummy nak cuba lah, it look nice n yummy & yr paper cup look nice also, mummy like, thanks my little engineer

i'mNOTmasterchef said...

mummy kene cuba! memang sedap! hihi.. your welcome mummy! :)