Resepi 80 : Ayam masak Merah Bermadu


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Apa khabar semua pengunjung ABM?
Sihat ke tak?
Since sekarang ni pon cuaca tak menentu,
jage lah kesihatan ye.
Banyakkan minum air. 


Okeylah, hari ni masak menu simple.
Tak de idea nak masak ayam nih.
So, tetibe muncul idea nak buat ayam masak merah bermadu ni
sebab ade madu kat umah.
hihi

Memang sedap.
Kalau makan dgn nasi tomato or nasi minyak ke
mesti sedap.
Tapi aku makan dengan nasi biasa je.
Sebab penyakit malas yang membuak2
hihi


BAHAN BAHAN
(2-3 orang)

2 keping ayam boneless (ayam whole pon bole)
garam dan serbuk kunyit sedikit
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos cili
1/2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
3 sudu besar cili kering yg dikisar
1 batang serai (diketuk)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
garam secukup rasa

CARA CARA
1. Ayam yg sudah dibersihkan hendaklah digaul dengan garam dan kunyit sedikit. Gorengkan sehingga hampir masak. Jangan terlalu garing pula. Angkat dan ketepikan.
2. Didalam kuali yg berisi sedikit minyak, masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga. Gorengkan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan2 kisar dan serai. Gorengkan sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan pula chili kisar. Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan sos cili, madu dan sedikit garam. Kacau dan biarkan seketika sehingga ayam yg hampir masak tadi, masak dengan sempurna pada ketika ini. 
4. Rasa dan jika sudah ok, matikan api dan sedia untuk dihidang.

ENJOY!

Comments

Popular Posts