Thursday, June 7, 2012

Resepi 79 : Popiah @ Spring Rolls with Simple Filling


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Wah2! Hari ni pon aku buat kuih melayu!!
Dah lama sebenarnye nak buat popiah ni
Tapi asyik terlupe je nak beli kulitnye tu kat internet.
Kat kedai sini ade je jual kulitnye tu,
Tapi tak bole makan.
Sebabnye dyorng ade campur alkohol sikit.
Sebab tu lah kene beli kat kedai halal via internet.


Ingatkan makin terubat rindu kat kampung halaman,
upenye makin rindu adelah!
Memang tak sabar den nak balik!!
Takpe2, Lagi 2 bulan lebih je lagi.
huhu

Okeylah, aku dapat resepi ni kat blog jintanmanis
Tuan punye blog tu pon dok kat jepun.
Tapi tak pasti lah blaja ke ape.
Sebabnye aku main search je kat google.
Tup2 kluar link blog dy.
So, ikot jelah resepi tu.

ABM jarang ikot resepi 100%.
So, kat dalam filling popiah ni pon
ade lah yg ditambah2 sikit.
Ikot apa yg ade kat bilik.

Memang simple! Mudah!
Dan yang penting SEDAP!


BAHAN BAHAN
(20-25 ketul)

Kulit popiah secukupnya

inti
160g daging ayam cincang
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
200g taugeh
1 cawan mix vege
1 batang timun - dihiris panjang
1 keping tauhu goreng - dipotong dadu kecil
4 batang fishcake - dihiris kecil2
1 biji telur - dipukul seketika
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa

CARA CARA

inti
1. Didalam kuali berisi sedikit minyak, masukkan bawang besar. Goreng sehingga naik bau dan hampir layu. Kemudian, masukkan daging ayam cincang. Kacau sebati sehingga ayam menampakkan warna putih.
2. Kemudian, masukkan mix vege. Kacau dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan fishcake. Kacau sebati. Masukkan pula taugeh dan timun. Gaul sehingga taugeh hampir layu. 
3. Kemudian, buatkan ruang ditengah2 kuali untuk letakkan telur yg dipukul tadi. Biarkan telur hampir masak, dan hancurkan. Gaulkan sebati bersama bahan2 lain tadi. Kemudian, masukkan tauhu. Gaul sebati. Perasakan dengan garam dan kepedasan lada sulah. Jika sudah ok, matikan api dan angkat.

penyediaan
1. Kemudian, ambil satu sudu daripada sayuran tadi dan letakkan diatas kulit popiah. Gulung kemas. Lekatkan hujung popiah dengan disapukan air sedikit padanya. Buat sampai intinya habis.
2. Gorengkan popiah itu dengan api yg sederhana sehingga perang keemasan. 
Bolehlah dicicah dengan sos kegemaran!

ENJOY!


No comments: