Tuesday, June 5, 2012

Resepi 77 : Salmon Sashimi with Simple Salad


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Alhamdulillah kite dapat bersua lagi.
Hari ni masak menu yang tak payah bukak api.
Simple, Senang dan Sihat.
Sedap pulak tu.
hihi
(puji diri la pulak)


Actually aku dapat idea menu nih
tyme aku tgk masterchef australia.
Tapi aku ade ubah la ikot kerajinan aku. haha

Okeylah, malas nak tulis panjang2.
Straight to the point jelah ngn bahan2 nye.


BAHAN BAHAN
(1-2 orang)

200g ikan salmon (dihiris dan dibuang tulang)

bahan untuk perap
1 biji buah kiwi (diblender)
1 batang serai (guna bahagian putih) - dihiris halus

dressing
3 sudu besar mayonis
2 sudu kecil wasabi
2 sudu besar jus lemon

simple salad
hirisan lobak merah
hirisan lobak putih
hirisan daun salad
hirisan timun

CARA CARA

1. Setelah ikan salmon dipotong dan dibasuh, masukkan kedalam bekas yang berisi bahan2 perapan. Perapkan selama 20-30 minit. Masa perap tu, wrap kan mangkuk tersebut.
2. Setelah diperap, gunakan kitchen paper, lapkan keseluruhan hirisan ikan salmon tersebut. Asingkan daripada bahan2 perapan. Kemudian, wrapkan dan simpan kedalam peti ais sementara buat bahan2 salad dan dressing.
3. untuk dressing, satukan bahan2 tersebut. Kemudian, ambil ikan daripada fridge dan hias la ikot suka. :)

ENJOY!



1 comment:

hitomi lavender said...

Kalau bubuh avokado bleh x?