Monday, June 4, 2012

Resepi 76 : Open-faced Naan with Chicken topping


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

waah! Pejam celik dah bulan 6 dah sekarang.
Hari ni aku masak menu simple je utk dinner.
Terase malas nak masak nasi.
So, aku pon buat la menu nih.


Pantas. Ringkas.
So, sesape yang malas tu, try lah ye. hihi


BAHAN BAHAN
(untuk 2-3 hidangan)

2-3 keping roti naan segera

inti
350g ayam boneless - dipotong dadu
2 batang sosej - dihiris
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil ketumbar - ditumbuk *
1 sudu besar sos tiram*
1 batang serai - dipotong kecil dan ditumbuk*
1/2 inci halia*
1 sudu kecil serbuk kari*
1 sudu besar olive oil *
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu halus
2 biji bawang putih - dihiris halus
garam dan gula secukup rasa
1 keping daun limau purut
1 mangkuk kecil mix vege
3 biji cili (aku guna cili hijau)- dihiris

hiasan
Daun salad secukupnya
hirisan tomato secukupnya
hirisan timun secukupnya
hirisan lobak putih secukupnya (optional)
sos dan mayonis kegemaran

CARA CARA

1. Perapkan ayam dan sosej dengan bahan2 yang bertanda (*) selama 15 minit.
2. Didalam kuali yg panas berisi sedikit minyak, masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih. Jika dah naik bau, masukkan semua bahan2 perap dan daun limau purut. Kacau sehingga ayam hampir masak.
3. Kemudian, masukkan cili hijau dan mix vege. Kacau sebati. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan beberapa minit dan jika semua sudah ok, matikan api.
4. Panaskan roti Naan. Kemudian, letaklah topping diatasnya mengikut kretiviti masing2.
5. Boleh dihidang dengan sos dan mayonis kegemaran.

ENJOY!

No comments: