Thursday, May 31, 2012

Resepi 75 : Black Forest Cake


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Alhamdulillah! I did it!
haha
Dari dulu lagi aku nak buat kek ni
Asyik tertangguh je.


Actually esok aku nak pi bejalan.
So, singgah la kat umah kawan kan.
Tak sedap pulak if tumpang umah kawan
tak bawak buah tangan kan.
Lagi2 sbgai seorng yg pandai masak sikit2 nih,
kene la kongsi anugerah yang Allah dah kurniakan ni.
Syukur. :)


So, aku pon decide lah nak buat kek nih.
Aku dapat resepi ni from kak ita
Actually, beliau ni buat perniagaan kat Jepun nih.
Tgk makanan yg dia buat,
mak aih! Nampak sedap je!
hihi.
Tengs kak for the recipe.
Aku rase aku dah penat sgt ni.
So, aku kopipes jelah resepi yg dia tulis tu.
Hopefully akak halalkan ye.
Sharing is Caring kan.
hihi



BAHAN BAHAN (18cm)

BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

BAHAN B:
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

BAHAN C:
* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar - aku pakai jus lemon
* Loyang kek 18cm / 7inci

BAHAN FROSTING:
* 100g Cream Cheese (dilembutkan) - aku tambah
* Whipped Cream (300 ml)
* 25 gram gula halus
* Chocolate Syrup Hershey's
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je - tak letak
* Jem blueberry
* Buah cherry bertangkai secukupnya (aku guna black purple cherry)
* Chocolate parut

CARA CARA

BAHAN A
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.

BAHAN C dan Penyediaan
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.

FROSTING
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis (aku potong 2 je).
2. Pukul whipped cream bersama gula dan cream cheese sehingga pekat, dan gebu.  (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. 
4. Kemudian sapu rata whipped cream cheese di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry. ita gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip. (skip step ni kalau xde)
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua (kalau buat 3 lapisan).
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream cheese di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.

ENJOY!

No comments: