Wednesday, May 30, 2012

Resepi 74 : Sambal Udang Petai Bersantan


Assalamualaikum wbt 
Salam Sejahtera

Alamak! Sebenarnye hari ni nak buat menu laen.
Tapi tapi tapi,
Terpakse tukar sebab salah beli barang.
sobsob.


Takpelah.
Yang penting ade gak resepi yang nak diupload.
Terase sesuatu mcm x cukup je if tak update blog ni.
hihi.

Okeylah. Ni menu mudah.
Semua orang suka
(kalau suka petai lah. hihi)
Abes satu bilik aku semerbak bau petai.
haha.


BAHAN BAHAN
(2-3 orang)

200g udang
petai secukupnya
1/2 biji bawang besar - dihiris
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
fishcake - dihiris
1 genggam kecil ikan bilis
100ml santan
air secukupnya
minyak masak
garam dan gula secukup rasa

dikisar
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih

CARA CARA

1.Didalam kuali yang panas berisi minyak, masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kering yang dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan sos cili dan tomato. kacau sebati. Masukkan pula hirisan bawang besar, ikan bilis, fishcake, udang. Kacau dan biarkan seketika. Jika hampir masak, masukkan santan dan air. Kacau dan biarkan seketika.
3. Masukkan juga petai. Kacau seketika. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula. Biarkan seketika lagi. Jika rasa sudah ok, matikan api dah siap dihidang!

ENJOY!

No comments: