Monday, May 28, 2012

Resepi 73 : Mee Udon Kari



Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Dapur ABM kali ni berkisahkan tentang mee.
Actually aku dari dulu berangan2 nak buat mee kari nih.
Tapi asyik lupe plus kemalasan yang amat!
haha


So, hari ni aku merajinkan diri lah nak buat mee kari nih.
Bahan2 pon ade.
So, senang lah nak buat.

Aku rujuk resepi ni kat blog Dapurku Sayang.
Tengs ye for the recipe!
Tapi, resepi yang akan aku tulis ni,
adelah bahan2 yang aku guna.


BAHAN BAHAN
(3-4 orang)

Mee Udon-secukupnya (better dicelur dahulu)
(resepi asal guna mee kuning)

kuah kari
350g keledek (aku guna keledek jepun)
4-5 sudu besar serbuk kari
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*
2 biji buah pelaga*
bunga cengkih - aku x letak*
1 sudu kecil tepung gandum (dibancuh dgn air sikit)
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

dikisar
1 1/4 biji bawang besar/holland
1/2 inci halia
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan (optional, kalau ade lg sedap)

filling
Ayam goreng kunyit-dihiris
tauhu goreng-dihiris
taugeh
cili hijau
fishcake-dihiris
telur rebus
daun bawang
(apa2 yang disukai)

CARA CARA

1. Rebuskan keledek dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
2. Didalam periuk berisi minyak, masukkan bahan2 bertanda (*). Jika dah naik bau, masukkan bahan2 kisar (bukan keledek ya). Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan pula serbuk kari. Kacau sebati. Jika sudah pecah minyak, masukkan keledek yang dikisar dan air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
4. JIka dah mendidih, perasakan dengan gula dan garam. Kemudian, masukkan bancuhan tepung. Kacau sehingga agak pekat (jangan pekat sangat pula). Kalau pekat, tambah air panas.
5. Bolehlah dihidang dengan mee dan bahan2 filling.

ENJOY!


2 comments:

Manan Qayyim said...

macam sedap je....

i'mNOTmasterchef said...

memang sedap! try lah. :)