Sunday, May 27, 2012

Resepi 72 : Ayam Percik ala Perantau


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Salam hujung minggu semua!
Hari ni agak rajin nak buat menu perap2 ni.
Sekali sekala tukar selera.
Apa salahnya kan.


Lagipon minggu ni aku akan ade mid sem exam.
Nak hilangkan stress belajar tu,
kita men masak2 lah.
hihi
(doakan aku ye. takot gak nk exam nih. huhu)

Ni pon aku maen bantai je buat.
Asalkan rase macam ayam percik tu.
Dah kire ok la kan.
hahaha.
Tapi seriously, korang kene try.
Sedap weh!


BAHAN BAHAN
 (3-4 orang)

3 keping ayam boneless- dibelah 2
(ayam whole pon bole)
2 sudu besar cili kering kisar
garam, gula dan maggie cukup rasa
200ml santan pekat
25ml air
1 batang serai- diketuk
1 keping asam keping
sedikit belacan- kalau suka letak

bahan kisar(untuk perap)
1 biji bawang besar/bawang holland
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu kesil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih - aku xde

CARA CARA

1. Perapkan ayam dengan bahan2 yang dikisar itu selama 30 minit.
2. Untuk bakar ayam, ade 2 cara:
(i) Panaskan oven 200c dan bakar ayam selama 30 minit atau sehingga masak.
(ii) Panggang ayam didalam kuali dengan menggunakan api yang sederhana sehingga masak.

untuk kuah.
1. Didalam saucepan, panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar yang diperap tersebut (yg lebihan tadi). Jika dah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan belacan(jika suka), dan serai yang diketuk. Kacau seketika.
3. Kemudian, masukkan santan dan air. Kacau seketika. Perasakan dengan gula, garam dan maggie cukup rasa. Masukkan asam keping. Kacau dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
4. Jika semua sudah okey, bolehlah curahkan diatas ayam yang dibakar/dipanggang tu.

Yummy!

ENJOY!

2 comments:

IdaShazana said...

alamak...orang kat jepun pun rajin buat ayam percik

i'mNOTmasterchef said...

hahaha.
rindu malaysia nih. :D