Saturday, May 26, 2012

Resepi 71 : Japanese way Tuna Salad


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hujung minggu buat apa nih?
Sesape yang dok umah je tu,
daripada x buat apa2,
baek korang try rasepi2 dalam nih.
Mana lah tawu ade bakat terpendam.
hihi


Baiklah, hari ni aku buat resepi ala jepun.
Since aku dok jepun ni kan.
Bile lagi lau x skrng try buat makanan jepun nih.

Actually, aku dpt resepi nih tyme aku tgk 
Masterchef Australia semalam.
So, senang la jugak aku nak cari barang2
yang diperlukan.


Resepi sihat, fresh dan sedap!

BAHAN BAHAN
(3-4 orang)

100g tuna - dipotong dadu
200g lobak putih - dihiris panjang
60g lobak merah - dihiris panjang
1 batang timun - dihiris panjang
daun mizuna - secukupnya
daun salad - secukupnya
daun ooba - secukupnya
taugeh - secukupnya
2 sudu besar mayonis
seaweed yang sudah dihiris - secukupnya

dressing
1 sudu kecil wasabi
1 sudu kecil japanese soy sauce (yg halal)
1/2 biji jus lemon

CARA CARA

1. Didalam mangkuk besar, satukan bahan2 dressing. 
2. Masukkan kesemua bahan2 sayuran kecuali daun ooba. Gaul sebati. Kemudian, masukkan mayonis. Gaul sebati lagi. Selepas itu, barulah letak tuna. Gaul sebati.
3. Untuk dihidang, letakkan daun ooba atas piring. Kemudian, barulah letak campuran salad tuna. Dan dibahagian atas, letaklah sedikit seaweed.

ENJOY!

No comments: