Thursday, May 24, 2012

Resepi 69 : Blueberry Oreo Cupcakes


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni agak tensen.
Sebabnya aku kene wat experiment sorang2.
So, salah satu cara nak gembirakan hati nih
aku pon baking2 lah.
Alhamdulillah la jadi.
Lau x jadi aku rase memang lagi tensen.
HAHA


Cupcakes ni memang simple
dan yang paling penting sedap.
Aku just buat cupcake je.
Malas nak buat frosting dy.
hihi


okeylah, malas nak membebel pepanjang.
Sesape nak buat tu, silelah follow kat sini.


BAHAN BAHAN
(18 cup. Bergantung pada saiz)

115g butter
130g gula halus
3 biji telur
200g tepung kek/tepung gandum
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking soda
1 1/2 sudu kecil vanilla essence
30ml susu
200g blueberry jam
10 keping biskut oreo - dipatahkan kasar
pewarna ungu

CARA CARA

1. Panaskan oven 170c
2. Satukan tepung, baking powder, baking soda dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk besar, masukkan butter dan gula. Putarkan sehingga kembang dan pucat. Kemudian, masukkan telur satu demi satu. Putar sebati. 
4. Masukkan pula vanilla. Putar sebati. Kemudian, masukkan 1/2 bahan ayak. Putarkan sebati. Masukkan pula 1/2 susu tadi. Putar sebati. Masukkan lebihan bahan ayak tadi dan juga susu. Putar sebati.
5. Gunakan spatula, masukkan blueberry jam dan pewarna ungu. Gaul sebati. Kemudian, masukkan pula biskut oreo yang dipatah kasar tadi kedalam adunan. Gaul sebati.
6. Masukkan kedalam bekas cupcake dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

ENJOY!

6 comments:

sarah mohamad said...

Sedapnyaaa. nanti nak try =P nampak mcm mudah je caranya ni. Hhehehe

diana said...

oven rosak..dah lama tak membakor nih..:)

i'mNOTmasterchef said...

sarah,
tu lah. mudah saje. tapi lau ade blueberry yg segar lg mabeles. :)

i'mNOTmasterchef said...

diana,
cepat beli oven baru.
hihi

Anonymous said...

interesting blog :D

dyat said...

Nak tanya biskut oreo tu masukkan skali filling dia ke atau hnya biskut dia saja? thx