Wednesday, May 23, 2012

Resepi 68 : Daging masak Merah.. menu ringkas


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ni
dapat lagi kite berjumpa di dapur ABM.

Bila belek2 blog nih,
baru perasan resepi untuk daging sikit.
Actually aku x bape minat makan daging.
Tapi, untuk anda semua,
aku buatlah entry berkisahkan daging
sebagai rujukan semua.


Resepi ni agak simple.
Eh, bukan agak simple
tapi MEMANG simple.
Walaupon simple tapi sangat SEDAP.
hihi.
Lau nak tawu sedap ke tak,
try lah resepi nih


BAHAN BAHAN
(2-3 orang)

1 mangkuk daging yang dihiris (aku pakai daging pinang)
3 sudu besar cili kering yg dikisar
1/2 biji bawang besar - dikisar
1 biji bawang putih - dikisar
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang besar- dihiris
kacang panjang - secukupnya (dihiris)
1 biji capsicum hijau (dihiris)
garam dan gula secukup rasa
maggie cukup rasa secukupnya. (optional)

CARA CARA

1. Didalam kuali berisi minyak yang panas, masukkan hirisan daging. Goreng seketika dan ketepikan. Jangan sampai garing pula.
2. Didalam kuali dan minyak yang sama (bekas goreng daging td), masukkan cili kering yang dikisar, dan bahan2 kisar yang lain. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan pula sos tomato, sos chili dan sos tiram. Gaul sebati. Setelah itu, masukkan serai dan bawang besar yang dihiris. Kemudian, masukkan maggie cukup rasa, garam dan gula secukupnya. Jika rasa dan okey, masukkan daging. Biarkan seketika sehingga daging empuk. Jika agak kering, masukkan sedikit air.
4. Masukkan kacang panjang dan capsicum hijau. Gaul sebati. Biarkan seketika. Jika dah okey, padamkan api dan siap dihidang!

ENJOY!

No comments: