Tuesday, May 22, 2012

Resepi 67 : Nasi Minyak bersama Pajeri Nenas dan Ayam Panggang Lemon


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Salam 1 Rejab buat semua
pengunjung ABM!
Ade yang berpuasa?
Kepada yang berpuasa tu selamat berbuka ya!

Hari ni aku masak agak special.
Menu berbuka puasa lah katekan.
hihi
Aku amik resepi ni daripada jiran aku
kat sini sape lagi kalau bukan kak as.
Tengs kak as sebab bg rujukan resepi


BAHAN BAHAN
(3-4 orang)


nasi minyak
3 pot beras - direndam 20 minit
2 sudu besar minyak sapi
3 pot air
1 mangkuk kecil kismis
1/2 biji bawang besar- dihiris
1 biji bawang putih- dihiris
1/2 inci halia- dihiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa


Pajeri Nenas
1 tin nenas - asingkan airnya
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar serbuk kari - bancuh sikit air
1/2 bawang besar - dikisar
1 biji bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
garam, gula secukup rasa


Ayam Panggang Lemon
3 ketul daging ayam - boneless
(nak guna whole chicken pon bole)
1/2 sudu kecil ketumbar - ditumbuk*
1/2 sudu kecil jintan manis*
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam*
1/2 sudu kecil dry oregano*
1 sudu kecil kunyit*
1 sudu kecil rempah kari*
1 1/2 biji bawang besar
 1 biji lemon (lau nak masam lagi 2 biji)
4 helai daun limau purut - dihiris*
2 sudu besar madu*
garam secukupnya*

CARA CARA

nasi minyak
1. Didalam periuk nasi, panaskan minyak. Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bawnag besar, putih dan halia. Kacau sehingga bau harum.
2. Masukkan beras dan kacau seketika. Kemudian, masukkan air, garam dan kismis. Masak nasi seperti biasa.
3. Setalah nasi masak, masukkan 2-3 titik pewarna kuning dan gemburkan sebati.

Pajeri Nenas
1. Didalam kuali berisi minyak, masukkan bahan kisar dan serbuk kari. Kacau sehingga pecah minyak. 
2. Kemudian, masukkan kerisik dan kacau sebati. Biarkan beberapa minit. Kalau agak kering, masukkan air sedikit.
3. Perasakan dengan gula dan garam. Kemudian, barulah masukkan nenas dan kacau sebati. Biarkan beberapa minit lagi sebelum ditutup api.

Ayam Panggang Lemon
Panaskan oven 220c.
1. Didalam bekas perapan, masukkan bahan bertanda (*). Gaul sebati. Kemudian, masukkan ayam dan gaul sebati lagi sekali.
2. Perahkan jus lemon kedalamnya dan letakkan hirisan bawang diatasnya. Perapkan 15 minit.
Kemudian, Masukkan kedalam oven dan bakar sehingga 60 minit atau sehingga ayam masak.

Selamat Berbuka Puasa
(bagi yang puasa)
dan
ENJOY!


No comments: