Monday, May 21, 2012

Resepi 66 : Upside down Lemon Yogurt-Cheese Cake Pudding


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

And again, hari ni aku buat dessert.
Since buat bende ni mudah,
Aku pon try lah.
Actually dia bukanlah cake sgt.
And takdelah pudding sangat.
Sebab tu lah nama dy cake pudding. 
hihi


Resepi ni aku amik dari buku resepi
yang aku beli aritu
Memang mudah la resepi kat dalam tu.
Every step ade gamba.
So, senang nak ikot.
Dessert yang dihasilkan pon rendah kalori.


Tapi, aku tak banyak lah dapat if ikot resepi ni.
Just dapat 4 cawan je.
Kalau nak buat banyak tu,
gandakan lah resepi ni ye.


BAHAN BAHAN
(4 cawan)

80g cream cheese (disuhu bilik)
200g plain yogurt
50g gula pasir (halus)
50ml whipping cream/double cream
1 sudu kecil jus lemon
3 sudu besar air panas
2 sudu kecil gelatin halal
10 keping biskut (apa2 jenis yang disukai)

CARA CARA

1. Didalam bekas kecil, satukan air panas dan gelatin. Biarkan gelatin lembut dan larut. Ketepikan.
2. Didalam bekas lain, whisk kan cream cheese sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula dan whisk kan sebati.
3. Masukkan plain yogurt dan whisk sebati. Setelah itu, masukkan pula whipping cream.
4. Masukkan juga jus lemon didalam nya. Kacau rata. Masukkan campuran gelatin tadi kedalam adunan. Kacau sebati. Kemudian, bahagikan sama rata kedalam cawan. 
5. Hancurkan biskut dan taburkan diatas cawan yang berisi cheesecake pudding. Kemudian, Sejukkan didalam peti ais paling kurang 3 jam sebelum dimakan.

ENJOY!



No comments: