Sunday, May 20, 2012

Resepi 65 : Quiche Tuna with Leftover Currypuff filling


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Seperti biasa, hari minggu mood rajin.
hihi.
Actually tak de lah rajin mana.
Bile bukak peti ais, ade lagi inti karipap
yg haritu punya.
Nak  buang membazir lah pulak kan.
So, tercetus lah idea
nak buat resepi nih.


Simpe je kalau inti nya dah siap.
hihi
Cuma aku tambah la salmon dalam tin tu,
kat dalam menu nih.
Not bad.
Sedap!
You should try this recipe!
Yes, you! 
:D


Before this pon aku penah buat quiche ni.
So, senang la sikit nak rujuk recipe.
Aritu aku buat Quiche Ayam


BAHAN BAHAN (20cm)

pastry
150g tepung gandum
90g mentega sejuk (dipotong kiub)
secubit garam
2-3 sudu air sejuk


inti
curry puff filling - 1/2 resepi disini 
1 tin kecil tuna
2 biji telur
100ml susu segar
100ml double cream/whipping cream
1/4 biji bawang holland - dihiris
lada hitam dan garam secukupnya
mix vege dan parutan keju secukupnya

CARA CARA

pastry
1. Didalam mangkuk pengadun atau food processor, masukkan tepung,mentega,dan garam. 
2.Setelah agak berketul2, masukkan air sesudu demi sesudu. Adun adunan tersebut sehingga seperti doh.
3. Angkat doh terebut dan warp dengan wrapping plastik. Kemudian masukkan kedalam peti ais selama 30 minit.


inti
1. Sediakan inti karipap secukupnya ikot resepi yg di situ.
2. Didalam mangkuk lain, pukul telur dan masukkan susu segar dan whipping cream/double cream. Pukul sebati.
3. Perasakan dengan lada hitam dan garam.

penyediaan
1. Panaskan oven 200c.
2. Doh tadi hendaklah di uli dengan ketebalan 0.5cm. Cover keseluruhan loyang tart. Kemudian, cucuk disekeliling doh pastry tadi. 
3. Lapik dengan aluminium foil dah letakkan pemberat (kacang merah, beras, dll) diatasnya. Bakar pastry selama 10 minit.
4. Setelah pastry sejuk, angkat pemberat yang digunakan. Kemudian masukkan tuna, inti karipap, mix vege dan hirisan bawang.
5. Kemudian, masukkan campuran susu tadi kedalam tart. Taburkan cheese diatasnya.
6. Bakar dengan suhu 200c juga selama 10 minit. Kemudian, turunkan suhu kepada 190c dan bakar lagi selama 30-35 minit.
7. Setelah sejuk, barulah dipotong dan dihidang dengan sos kegemaran.

ENJOY!



4 comments:

alwanizolkifli said...

Cedap laaaaaa... post sikit :3

i'mNOTmasterchef said...

terhad. takley pos. HAHAHA

Asmara said...

ala yg ayam haritu tak terbuat lagi. mesti cuba nih!

i'mNOTmasterchef said...

sedap kak. mesti try. :)